Friday 30 December 2011

3 idiots

Assalamualaikum dear(s)

Pernah dengar movie 3 idiots tak?just now ada tayang kat tv3.well tu cerita lama actually.but baru ditayangkan dekat tv3.disebabkan cerita dia panjang so divide by 2 parts.walaupun dibahagikan kepada dua tapi banyak scene yang dia cut.tak best!nasib baik dah tengok full sebelum ni dekat external Yang.

Btw,aku bukan nak melalut panjang pasal cerita nie.just nak share some quotes yang bagi aku amat bermakna.heh memang le semua quotes tu bermakna :)
  1. That day we learned, when your friend flunks, you feel bad, when he tops, you feel worse. 
  2. Pursue excellence, and success will follow, pants down. 
  3. Today my respect for that idiot shot up. Most of us went to college just for a degree. No degree meant no plum job, no pretty wife, no credit card, no social status. But none of this mattered to him, he was in college for the joy of learning, he never cared if he was first or last. 
  4. Make your passion your profession
  5.  Life is a race. If you don't run fast, you'll get trampled.
  6. A machine is anything that reduces human effort and reduces time.
Banyak lagi sebenarnya tapi yang aku jumpa mostly tulis dalam bahasa tamil/urdu.mana aku paham.lain la kalau bagi tok dekat Kg Ara Payong baca.mesti dia paham.tak macam cucunya yang agak low sikit dalam bahasa international.whaooooo jangan memain dengan atok gua,oke.banyak bahasa dia tau antaranya bahasa arab,urdu,jepun,omputih,melayu etc.oke nie aku mau share pula lirik lagu dia dengan kome.tak semua lagu aku letak.cuma a few yang aku rasa meaningful dan boleh dibuat sebagai pendorong semangat nak belajar or face something that you fell you can't do.

lagu all is well.


give me some sunshine


That's all my dear.pendekkan entry aku kali nie :) muehehehe selamat pagi semua!have a wonderful day korang.aii yu!





Wednesday 28 December 2011

wordless wednesday



my bigger family.kalau korang pernah jumpa berita 'keluarga haji Dukut berkumpul' di mana-mana paper ketika hari raya that's my biggest family!

aii love yu!

Tuesday 6 December 2011

kermit the frog

Assalamualaikum

Oke hari ni nak story pasal kermit the frog.pernah dengar tak kisah kermit sebelum nie?mostly budak yang  ambil biology akan tau lar cerita dia.kermit yang menentang diskriminasi terhadap spesies dia yang dijadikan uji kaji untuk belajar bab respiration.kalau aku tak silap sebab study bab tu masa form4 but we're done the experiment last march.heh~tak boleh bla masa ending cerita tu.semua katak yang bakal digunakan oleh students 'bangkit' menentang diskriminasi.boleh nampak perpaduan antara katak disitu.terkejut mak noks sebab kermit and the gang boleh bercakap.iyelah dah aku tengok part ending je memang le tak tau.

hye girls,nama I Kermit.
selamat berkenalan ;)


By the way,aku tak mau merepek pasal kermit sebab aku pun tak tengok penuhkan.then,if you want to know more about it,you may search at google.com.apa guna ada google kalau tak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,kan?owh aku teringat the day before experiment,aku suruh abah beli katak.perasaan berkobar-kobar begitu ...(cari the best word please).then,when abah's back and gave me the frog and i was likeeeeeeeeeeeee OMG kecik gila katak abah bagi.huh ghupe-ghupenya itu katak memancing ler.haish~cuba cakap kat aku apa boleh buat dengan katak kecik tu?nak tak nak esoknya bawak le ke sekolah.kononnya sebagai bahan bukti aku ada bawak la.semua orang terkejut beruk sebab kecik sangat.beruk pun tak sekejut tu.semua orang kata 'keciknya katak u ____ tau ler awak/ko tu  kecik tapi tak perlu la bawak katak kecik' hasih~ kome ingat aku TERingin sangat ke nak bawak cinonet tu?dah time tu orang kedai tu kata dah habis nak buat macam mana.oh yer nama katak cinonet nie adalah Froggy.

Nasib aku begitu baik sekali sebab Thamil Arasi(bukan pemian bola walaupun nama hampir sama) bawak banyak katak.sebagai sparepart kalau ada yang tak bawak atau katak mati(bukan mati katak).semua katak yang dibawa oleh students besar-besar dan gebu-gebu kerana mereka membesar dengan sihat dan kuat.disebabkan froggy tu kecik jadi aku pun gantung simpan dia dalam plastik dan gantung dekat main entrance.kononya mengalu-alukan kedatangan orang kedalam kelas.heh~tak ku sangka ramai cikgu takut nak masuk bila dapat tau itu katak.kesian~~~ ada tu sampai sanggup masuk dari pintu lain.ish ish ish.sekali dapat cikgu Mira terus disuruh aku letak forggy tu dekat lab.eh mana boleh.Prince Frog aku tuh.lastly i made decision to kept it and put it into my bag.dan sadisnya froggy aku mati sebab kekurangan oxygen.kesian kau,froggy~aku tau pun sebab Mdm Lu(bio teacher) nak tengok.sekali anak dia kata froggy dah mati,hancur luluh hati aku.,sigh~dan tak semena-mena Afisah panggil aku pembunuh.PEMBUNUH KATAK.terpaksa aku buang dia dalam tong sampah without appropiate funeral.

I memang suka berposing.harap maklum sebab I nie bukan katak biasa.
I boleh bercakap tau :)

Bio class start after recess.syukur alhamdulillah.Thamil dengan baik hatinya bagi aku satu katak berkongsi dengan Anis.kiranya dua orang satu katak.sebab katak ada banyak.kalau tidak setiap sorang satu tapi sebab have a few students geli-geliman nak pegang.jadi diratiokan jadi 2:1.the veterinar of the day is ME!! hehehe Anis takut dengan katak tu sebab tak mau.beast best kot.lagi best pegang tanpa sarung tangan.erkssss....okelah i know that you guys mungkin dah boring sebab baca panjang berjela-jela macam baca rencana politik kan so here it is:

seksi tak posing I? tapi time nie nie dorang dah pengsankan I
pity me~

Arghhhhhhhhhhhhh tidak kulit I !!

yeah this is what we call as team spirit
<3

tiga budak skema tapi satu opah which is Anis

Ying Shyn:oke,yang itu jantung dia.awak boleh nampak di still lup dap lup dap sebab tengah tunggu you cium dia

Alyaa:eh,mana ada la.dia tengah tunggu you cium dia.sebab you kan pandai(tak der kaitan pun)

orang lain sibuk berexperiment tapi dia sempatkan lagi posing
haish~
 anak muda sekarang.tetiba je~

with team mate,Anis the Opah.
entah katak siapa yang dirembat tu tak taulah.

Last but not least,katak oh katak kenapa kau panggil hujan,macam mana aku tak panggil ular nak makan aku,ular nak makan aku...lalalaala~ jadi,sekarang musim hujan kerana ular nak makan katak.oleh itu berhati-hatilah ketika hujan dan banjir.oleh itu,dikawasan banjir sila berhati-hati kerana banyak ular berkeliaran disebabkan katak nak menyelamatkan diri.

Oke fine,out of topic.Sorry Sorry Sorry Sorry Naega naega naega meonjeo Nege nege nege ppajyeo.......

Bye bye dah banyak sangat aku melalut ni.
Salam

Friday 2 December 2011

hutang kepada Zai

Assalamualaikum

Oke,entri ini adalah hutang kepada persoalan Zai.tadi chatting dengan dia then dia tanya kenapa letak link blog dia dekat TYPES OF PISANG.

Well,aku tak nak letak ko kat TANDAN PISANG sebabnya ko bukan siblings aku.kalau diikutkan analogi,tandan tu macam adik-beradik seibu sebapa.bagi akulah.hehehe that's why aku tak letak kat situ.then aku letak la link ko kat TYPES OF PISANG sebab pisangkan ada banyak jenis.antara pisang yang aku tau pisang tanduk,pisang emas,pisang...........oke aku pun dah lupa pisang apa lagi yang ada.heh~tapi yang pasti setiap kali raya mak aku dengan aku pasti buat kerepek pisang.heh~out of topic jap

Hah mesti ko wonder kenapa PISANGkan?heh sebab nama blog aku kan BANANA THE MERMAID.tak ke pelik kalau tetiba aku tulis situ TYPES OF DURIAN.wait!durian ade jenis ker???haish tu la padahnya reti makan ajer.eh,tapi ko jangan pula fikir macam ayeemayam yer..blog aku bersih tau :) 

K la aku rasa nie je kut.and sila bangga tau jawapan untuk soalan ko nie panjang.jawapan untuk exam sejarah pun tak sepanjang nie tau :)

bye bye.end of story.muwahahaha

Wednesday 30 November 2011

Thursday 24 November 2011

another 2 subjects to go!!!!

yeah~ fighting babe!!!

can't wait for next week.

please miss me,oke 

it won't take a long time.

heh 

~love you~


ps;no more quarantine.heavenly~

Wednesday 23 November 2011

Monday 14 November 2011

today is the day

 
Assalamualaikum :)
oke as you know today is 14/11/11 which is my big day!!!
muwahahhaha bukan wedding day oke.
my SPM.!!!!
warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh 
tadi baru aje habis paper BM.
so far,so good.
and as always aku sellau kantoi paper 1;bahagian A. paper 2 pulak bahagian novel.
durhhhhhh memang kelemahan aku.
 
But before i seat for SPM,ALLAH have give me some test.
disebabkan DIA sayang aku lebih maka ALLAH bagi aku demam campak.
tak apa aku anggap sebagai kifarah kepada dosa-dosa lampau aku.
kiranya i am the last person get that.
esok mungkin dikuarantinekan.

sabar ajelah.
dugaan SPM.
ini bermaksud DIA nak aku ingat DIA selalu.
semoga lepas ini aku lebih megingati-NYA.
amin


ni hanisah.
my bf/gf



good luck to all SPM candidate!




Wednesday 5 October 2011

......

Assalamualaikum kekanda adinda sekalian
missed me,huh???
sorry lama tak update sebab  jaga suami  exam just around the corner.

Oke,
semalam ada subjek sejarah.
well as you know,sejarah is quite boring,aite?
then sebagai pelajar yang 'pandai' aku telah berutus surat dengan Hanisah.
sila jangan berfikir yang kami berutus surat yang biasa-biasa,oke.
ini luar biasa punya.

here i show some:::

maka,aku jadi rindu padanya..

lalu,cinta pun jatuh ke hati,

maka,kasih bercambah menjadi sayang..

 lalu,sayang mekar mewangi di kamar hati,

maka,taman hati ditumbuhi cemburu
 pabila ada yang cuba mengahmpiri..

lalu,si kumbang mengatakan tanpa
 bunga tiadalah kumbang di taman hati

maka,sang bunga menjadi ragu?dia atas janji manis 
si kumbang yang mungkin hanya ibarat madu..

lalu,dengarlah bunga bahawa kau tercipta dari rusuk kiriku 
yang akan menemani sepanjang perjalanan hidupmu

maka,ketahuilah juga bahawa aku dicipta 
bukan untuk disakiti tetapi untuk dicintai

lalu,apa guna namanya manusia jika diri 
ini tidak pernah membuat kesilapan?

maka,aku lebih rela bersendiri daripada terus disakiti 
dan aku lebih rela berserah daripada terus mengalah

lalu,adakah engkau maku bersendiri sehingga terputusnya nafas?

heheheh~
kelakar bila difikirkan kembali..
pengakhiran puisi tak sempat sebab waktu cikgu mengajar dah habis.
mentang-mentang duduk belakang.
apa boleh buat :)

p/s:ayat bermula dengan MAKA adalah hanisah,manakala LALU adalah n.a.z

Thursday 23 June 2011

The Light & The Love

there are times when we feel sad and blue. we need a shoulder to cry on. there are times when we feel like the world is against us in anything we did and everything seemed to be wrong. there are times when we feel unwanted, unneeded. but the only person who never give up on us keep telling to be strong. to move on. the person will shed the tears and fill up the tank of heart with undying love.

thank you mother for always believing in me.
thank you mother for always be there for me through thick and thin.
thank you mother for being the greatest superwoman in my world.

whenever I see it black, you will always come to me to lighten it up.without your light, I'm blind. without your touch, I'm a heartless person that could be worst than animal for losing the heart. without your love, I'm dying. whenever I miss you, I will just close my eyes and I know I can feel you there,
it's the love that tighten us to be together.

a woman can be a divorced from a husband.
a girlfriend can be broken up from a boyfriend.
a friend can be ditched from the other friend.
but a mother and her children can never be apart no matter what happens.
worldly and hereafter, you will be my mother.
it's a bless from Allah.

thank you Allah for blessing me with such an angel.

Thursday 2 June 2011

tempat sebilangan manusia TIDAK suka pergi

Assalamualaikum.

Hye hari ini aku nak sembang santai-santai jap.
asyik serius aje.
nyampah aii~

Aku tanya korang la.
dalam banyak-banyak tempat,tempat apa yang kome terasa kalau boleh memang nak elak??
hah ni aku nak cerita serba dan sedikit dari apa yang aku punya pandangan.
semuanya ada 5.
ikut rank tau.

5th place


sekolah.
selalunya mereka yang TAK NAK ke sekolah ni pemalas aku rasa.
aku rajin tu sebab setiap tahun penuh
:)

4th place


rumah.
mereka yang TAK MAHU balik rumah nie sebabnya berkemungkin
  • mak bapa membebel 24/7 (aku pun boleh rungsing)
  • tiada siapa kisah kehadiran dirinya
  • bagi suami pulak si isteri membebel atau marah-marah masa balik dari kerja
3rd place


hospital.
hah yang ini selalunya kaum hawa dengan budak-budak memang tak suka pergi.unless kalau dia seorang doktor tak pun kerja yang berkaitan hospital.nak tak nak kena pergi juga.kalau tak macam mana nak dapat duit.betul tak? kenapa dorang takut sangat dengan jarum eyh?

2nd place


penjara
heh ada sesiapa sanggup??aku pun tak sanggup kot.kena tahan di sebalik tirai besi.grrrrrr ngeri kot.lagi-lagi tengah malam.nanti ada bunyi yang menakutkan.heh heh heh.tapi si warden nak tak nak kome kena gak.sebab itu tugas korang.
apa perasaan warden penjara pudu eyh?

1st place


kubur
heheh ada bran??? aku tak ada bran nak stay sini tengah malam.baik aku tidur.tapi ada yang sanggup tau.mereka yang nak ambil nombor ekor atau minyak dagu.benda jahat sanggup aje ye kome.tapi mereka yang tak suka tempat ni sebenarnya cintakan dunia lebih dari akhirat.akhir zaman........apa boleh buat.

Ingatlah kome dunia nie persinggahan semata-mata.kalau dah kaut keuntungan hal dunia bilanya nak cari bekalan akhirat.lapar nanti padan muka.time tu baru meleleh minta kat Allah nk balik ke dunia balik.time tu dah tiada chance tau.so,marilah kita beramai-ramai menginsafi diri ini :)

Jangan tanya aku apa motif entri ni.
mula-mula aku nak cakap pasal lain.
tapi benda lain punya yang aku sampaikan.
by the way,harap korang dapat manfaat dari blog biru aku nie.
eh jangan blue kan otak korang,oke!!!

Thursday 19 May 2011

keBIMBOan ku terserlah dengan add math

Assalamualaikum peeps!

Apa benda bimbo tu?
adakah ianya

bamboo?


bomb



atau

bomba??




Ceh kejadahnya semua ni.

BIMBO itu bermaksud :
an attractive women BUT have a low intelligent or education.

Adakah ini bermaksud aku ni cantik tapi BODOH??
owh tidak sama sekali.
i ain't beautiful person just cute aje.
heheh angkat bakul sendiri.

Kepandaian aku bukan pada matematik.
mungkin pada literature,perhaps.
dan disebabkan tapi paper Add Math 1 and 2 memang menguji ketajaman minda aku betul la.
\0/
pasrah sahaja menanti keputusan.
bukan aku seorang sahaja yang layangkan paper putih(disebabkan tiada bendera putih) almost student from these 3 classes.
owhhhhhhhh mama~
sedangkan budak pandai pun banyak tak buat+tak paham,apatah lagi aku yang 'teror' sangat-sangat ni.
paper 1 yang berlangsung sepanjang dua jam tu dipenuhi dengan zzzzZZZZzzzz
dapat jawab beberapa soalan je kot.
tu pun belum tentu dapat skor.
paper 2 pula alhamdulillah dapat selesaikan even alot of aku balun.
ekeke~

Entah bila aku nak cover balik semua chapter add math.
kesemua ada 21 chapter.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hurm
pahem-pahem sendiri.

Esok paper math modern.
insyaALLAH aku boleh jawab.
pray for me,readers

Actually from beginning we're not expected that the exam paper so hard.
PRETTY HARD,oke?!!

Aku terima segalanya dengan hati terbuka.
have another 5 months to go!!!!!!!!!

chaiyok
ganbatte
good luck
all the best
selamat berjaya
!!!!!!!!


what goes around comes around

Assalamualaikum my dear :)

What do you understand with the phrase??
kalau terasa tak tau pergi dengar lagu dari justin timberlake tau dekat youtube.

Okelah,
aku pun tak ada masa yang mencukupi nak buat intro yang gempak kita terus ke tengah cerita aje.

Pernah tak korang tak suka someone or hate someone?
ala for sure la ada.
nipu sungguh kalau kome kata kome tak ada perasaan benci dalam diri.
kita nie hanyalah hamba yang kerdil disisinya aje.
lainlah kalau korang nie ma'sum macam Rasulullah.
itu memang aku tak dapat pertikaikan.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa ada diantara orang sekeliling kita tak suka dengan kita.
TIDAK SUKA!
even though we try to makes people around us satisfy with us..
hurmmmmmmmmm
langsung tak sedar,kan?


hati manusia sentiasa berubah

~What goes around comes around~
contohnya:
today i hate you.
tomorrow the other will hate me back.
hukum alam.
can't deny it

Adakalanya orang dalam pun tak suka kita.
but hold to this 'blood is the thicker than water'.
jadi muka tembok untuk kepuasan diri dan sekeliling.
:)

.....................................................................

Kenapa aku merasakan entri ini begitu syok sendiri sekali????sungguh jiwa aku dah menggila nie.perlukan santapan hati.

mood:gelodak perasaan
punca:soalan exam yang sungguh GEMPAK

p/s:19/5/11 doakan otak aku masih mampu menelaah dan menerima nombor.

huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
add-math aku macam mana nih???

Sunday 17 April 2011

6 month

6 months to go!!!!!!!!!!

OMG im not ready yet for that
can i skip it?
how if i can't answer it?
what will happen for me in the future?

durhhhhhhhhhhhhh~
hwaiting,ban!

i know you can do it babe!!

i know there still have a chance for me
but before that i have to ignite it
and i worth for it!!!

yeah SPM i love you more and more

cemburu itu madu dan racun

Assalamualaikum and heyy peeps!!

Btw,hari ni aku terasa nak cakap pasal jealous atau bahasa melayunya cemburu
like you all tahu jealous ada dua cabang.
satu cemburu BUTA dan satu lagi cemburu CELIK(itu pun kalau ada)
--'
memanglah orang selalu momokkan yang cemburu itu tandanya sayang tapi kalau dah sampai merosakkan kejadahnya.

mamat nie memang cari pasal

Cemburu memang bagus tetapi adakalanya boleh merosakkan hubungan yang terbina.
tak semestinya cemburu bagi pasangan kekasih.
kekadang tu jealous antara adik beradik lagi teruk.
tak percaya??

Kome tahu tak jealous antara sib's boleh menyebabkan adik beradik tak bertegur sapa.
itu oke lagi tapi ada yang sampai tak balik rumah beberapa tahun tau.mak bapa juga yang jadi mangsa.tak dapat nak berkumpul dengan anak beranak.buatnya anak tak balik masa hari kematian lagi terkilan.tapi ada juga walaupun stay under the same roof but they act like stranger.ni lagi terasa macam orang asing.sudahlah duduk rumah yang sama tapi tak bertegur sapa.sorang ke hulu sorang lagi ke hilir.

Sepanjang aku hidup dekat dunia nie selalunya jealous antara sib's nie berlaku dekat anak perempuan.sebab perempuankan memang mudah jealous.lelaki aku tak tahu pula sebab dalam family aku ada 2 orang aje lelaki.abah dengan abang.takkan abang nak cemburu dengan abah pulak -.-' lainlah kalau abah jealous dengan abang sebab dapat more attention dari mama.

Bagi pasangan kekasih pula cemburu itu biarlah berpada-pada.terutamanya kalau awak tu perempuan.kome tahu tak yang lelaki nie dorang tak suka kalau awek dia cemburu tak tentu pasal.terasa macam nak tampar muka perempuan tu takpun terasa nak jerit kat telinga perempuan dan katakan "boleh tak awak percayakan saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" gitulah gamaknyanya perasaan lelaki.bila si awek punya level of jealous dah sama tinggi dengan everest memang si balak tak think twice memang dia minta putus terus.lantaklah si awek menangis air mata darah pun.jangan harap ler.wei siapa suka kalau dorang dah tak percayakan kita.baik tinggalkan aje.

Pasangan berkahwin pula lagi haru.silap haribulan turun naik mahkamah la jawabnya.dan kome punya peguam tu mesti terasa nak gelak ada sebab gara-gara cemburu punya pasal cerai jalan terakhirnya.

Tapi yang manisnya perasaan cemburu ni adalah...

sweet like candy

Pasangan kita tahu yang kita sayang dia.kalau boleh kita nak dia jadi hak milik kita seorang.orang lain tak boleh ambil dia dari kita.even sometimes we can be soooooo selfish.

hey,he's mine!!!

*rasanya buat sementara nie ajelah manisnya.aku tak dapat fikir lagi*

Ahaks!gaya macam aku pernah berkasih aje.
btw,ni sebahagian dari pandangan aku.
entri nie agak bercelaru secelaru otak aku sekarang.

bye bye


Thursday 31 March 2011

persimpangan

Assalamualaikum semua!

yeah i'm back

After a long time i keep myself MIA finally i come to meet you guys again.
so amacam rindu sama aku tak?
baik kome kata "iya!" kalau tak nak kena pelekung dengan tangan aku yang comel ni.

Aku teringin nak tau kome pernah tak berada dalam keadaan dilema.
tak pun di persimpangan jalan?
and i'm pretty sure that all of you ever face this situation.

just like a man in this photo


Oke inilah keadaan aku sekarang.
berada di persimpangan sampai dah tak tahu which way that i should take.
nanti silap langkah padah menanti.
but if i'm not start moving now until then i don't know the ending.
agagaga~

Haish nasib baik aku dikurniakan dengan hati batu.
jadi susah nak lebur.
bukan tak lebur langsung pun sebab batu boleh dileburkan dengan asid yang terdapat dalam perut kita.

Macam mana nak tahu mana pilihan yang terbaik eyh
adakah dengan perlu melakukan solat istikharah?
hurmmm let me think until tonight.
kiranya kalau aku tidur tu nampak sangat dah malas nak fikirkan.
btw,ada sesiapa daripada korang yang tahu macam mana nak pulihkan dua pihak yang bertengkar?
sebelum ni aku ada baca MASTIKA bulan Mac.
tajuk article tu buah kembar boleh baikkan hubungan yang keruh.
gitulah gamaknya tajuknya.aku tak ingat sangat pun.
tu sebab sejarah tak pernah dapat A+
(-_-)"
tak pun ikut cara Rasulullah.
ermmm problemnya sekarang nie aku pula tak reti nak menipu.
sheesh!
parahh parahh

Huarghhhhhhh sudah ngantuk aku nak rangka entri ni.
oke dokie my lovely lover.
muah xoxo
see ya next time
(^.^)v

as-salam.


Tuesday 8 March 2011

selamat hari wanita


Assalamualaikum peeps.

SELAMAT HARI WANITA

kepada mereka yang bergelar wanita.
bersyukurlah anda kerana anda dijadikan wanita.
kerana sesungguhnya begitu tinggi martabat wanita di mata islam.

Sebagai wanita,
jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana wanita itu penuh dengan fitnah.
wanita tidak dapat larikan diri dari fitnah.
antara nyata atau tidak.

Ingatlah seindah-indah dunia ialah wanita solehah.

Wanita itu indah.
diserikan dengan budi pekerti yang elok.

Hayati ayat ini,
wanita tidak diciptakan dari kaki kerana wanita itu bukan untuk dialas,
tidak juga dicipta dari kepala untuk dijunjung
TETAPI
engkau dicipta dari tulang rusuk seorang adam untuk dilindungi,dibelai dan dikasihi.

AWAS anda lelaki diluar sana!
sekiranya anda tidak melindungi wanita anda adalah seorang yang TERamat dayus-mayus!
kome lelaki sebagai penyelamat bukan pemusnah!
hish~

BTW,take a look at this video.
sila hayati lagu ini

Saturday 5 March 2011

rutin sebelum tidur

Assalamualaikum semua!

hurghhhhh

Hari aku nak share pasal rutin aku sebelum tidur.ada setengah orang tu letak kepala dekat bantal terus tidur.kalau aku pulak,walaupun ngantuk gila babeng aku kena juga buat benda tu.kiranya macam WAJIB gitu.>gedik<>

  1. ambil air sembahyang
  2. bagi salam dekat sesiapa yang belum tidur.except benda tidak nyata.
  3. pakai bedak sejuk
  4. put lotion on my hand and toes
  5. baca buku(tak kisah genre apa)
  6. dengar lagu
  7. dengar surah al-mulk >nampak sangat tak hafal<
  8. bungkus badan macam hantu bungkus
  9. krooOO krrOooO zzzzZZZzzz
Itulah serba sedikit yang aku nak sharekan apa yang aku buat sebelum tidur.terasa nak share?moh ler

sebiji sejiban macam dekat bilik aku.cuma budak lelaki tu tukar kepada 4 budak perempuan.share dalam satu bilik yang kecil.macam rumah merpati:)

heheee~

as-salam peeps!
night

Friday 4 March 2011

parti tidak menentukan syurga atau neraka

Assalamualaikum semua!

Hari ni hati terasa seperti nak mengupdate apa yang tengah berlaku dekat N27 kerdau dengan N28 merlimau.kiranya nak cerita pasal politik la.kalau tak berminat you may go from this entry.apa yang aku nak cakap nie just mengikut pandangan aku.tiada pengaruh dengan sesiapa tapi apa yang aku perhatikan.so,kalau aku salah apa-apa harap diperbetulkan.

Tadi masa dekat sekolah sempat selak surat khabar Utusan Malaysia.nampak satu tajuk tu menarik sangat.tajuk dia


Hadi Awang, Bob Lokman dan kempen Pas


Sebelum ni Bob Lukman ada kata dia masuk Pas sebab Pas dapat jamin dia masuk syurga.durhhhhhh (=_=)' pening aku tengoknya pun.hal syurga neraka ni antara ALLAH dengan amalan kita.tak guna juga kalau masuk Pas amalan kita tunggang langgang terus masuk syurga.kejadahnya?sama juga dengan BN.kalau masuk BN kita akan masuk neraka.deyy!kalau ahli BN tu mati syahid pun dia masuk neraka gak ker?aku agak pelik bila masyarakat kita boleh percaya hal macam nie.bukan ke tu dah kita syirik sebab percaya benda macam tu?sedangkan orang tu punya amalan pun kita tak tahu oke ke tidak.dia bukan tuhan.tetapi sekadar menjadi khalifah dibumi ALLAH.

Tak kisah dimana parti kita berada pun amalan(agama) still at the top one.lantaklah korang parti pembangkang ke parti kerajaan ke sama aje.yang membezakan kita adalah amalan.macam yang korang tahu hanya tiga perkara sahaja yang kita bawa semasa mati iaitu doa anak-anak yang soleh,AMALAN dan budi yang kita taburkan.only that!no more no less!ada dinyatakan parti?tak adakan? so korang sokonglah parti apa pun.tapi propaganda berkaitan agama janganlah terlalu taksub sangat.sebab sometimes people manipulate a religion to get supporter.

NO OFFENCE!

Daripada pemerhatian aku la kan,masyarakat kita ni cepat sangat tunduk kalau berkaitan agama.tak fikir apa-apa pun terus accept sesuatu benda tu bulat-bulat.bukan nak kaji.aku pelik bin hairan betul.yang mana dorang berkempen menggunakan agama sebagai umpan.sigh(-.-)'
kalau diikutkan masa zaman Rasulullah,agama at the top then followed by politic.TAPI tak ada pula kata siapa masuk parti aku dapat masuk syurga.sepatutnya jadikan politik sebagai medium merapatkan perpaduan.bukannnya meranapkan perpaduan.sungguh aku pelik dengan orang melayu kita nih.

Ada satu lagi tajuk rencana tu lagi la.aku tak tau apa tajuk dia.nanti kome carilah dari utusan bertarikh 4mac2011.

Ada seorang pengundi ni aku tak sure Dun mana.salah satu sebab kenapa dia tak sokong kerajaan kerana tajuk rasuah.huh(0.0)' aku tak tau mana relevannya kata rasuah tu.sokong je kot.bukannya apa-pun.sekiranya korang dah mengundi itu lagi bagus sebab korang dah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.AND,undian anda adalah rahsia.remember that!supaya orang lain tak influent anda untuk mengundi parti apa.

PELIK BIN AJAIB BIN HAIRAN


Okelah aku malas nak ulas apa-apa lagi.tunggu aku jadi ahli politik dulu.tak pun penganalis politik.time tu baru aku ulas gila-gila pasal politik Malaysia ni.sekarang ni tak boleh.tak pasal-pasal kena tahan dengan ISA karang.habis gelap masa depan aku.

bye and as-salam

Thursday 3 March 2011

hadiah dari abah!!!

hye Assalamualaikum peeps!

Durrh~ punya lama aku tak mengupdate story.
well student SPM katakan.(T_T)'
okie dokie dear,aku malas nak update panjang berjela-jela macam nak utuskan surat dekat balak.

Aku just nak share hadiah yang abah bagi kat aku.
punya lama aku mencari-cari akhirnya abah jumpa then bought for me!
kihkihkih bangga sekejap
my birthday lagi 5 bulan tapi dah dapat hadiah.
(^.^)

nak tahu apa hadiahnya??
sila scroll selagi mampu dear.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!!!
inilah hadiahnya.
novel Interlok by Abdullah Hussein
Punyala berjangut aku tunggu dia release kat Perak tapi hampeh.
tak keluar pun.
nasib aku baik hari ni ada event dekat Dewan Budaya Perak.
abah pergi sana then BELI!
ada dialog pasal novel ni tadi.
rugi GILA-GILA-GILA tak pergi tadi.
kalau tak boleh novel sastera lain.
durhh (=_=)'

agak teruja nak tunjuk dekat kome :)

bila nak baca??
after finish my test next week!
InsyaALLAH.

itu sahaja untuk hari ni.
bye bye and as-salam

Thursday 24 February 2011

ada juga yang tak faham

Assalamualaikum guys.

Oke,entri ini khas untuk kawan aku,Anis.
Orang lain nak baca pun tak kisah.

Entri sebelum ni aku cerita pasal 'sila respect saya sebegai MALAIKAT'
Kawan aku Anis tak faham apa yang aku sampaikan.
haishhhh~
sedih hati teman.

Cerita yang aku nak sampaikan adalah mengenai keseksian manusia.
Tak kira wanita atau lelaki.

Memang la kita boleh berseksi masa duduk sengsorang TAPI kita tak pernah keseorangan sebenarnya.Malaikat selalu ada bersama kita. Memang la malaikat tak ada hawa nafsu tapi kita kena la hormat dia sebagai makhluk ALLAH.

Macam korang juga.Kalau orang tak respect kita,kita super duper tak mau respect orang tu.betul tak?(sila mengiyakan!).lagipun malu la bila ada orang luar tengok aurat kita.ate,kome tak malu ke ajnabi tengok aurat kita?

ehem!!
terasa aku.

Kalau boleh kita naklah tayangkan body kita yang macam model tu dekat kita punya pasangan yang halalkan?baru bestkan.khas untuk mereka yang layak aje.

erkkk?
napa aku rasa lari dari perbincangan sebenar?
::dushh:: ::dushh::

Okelah dari aku melalut dari jauh aku nak undurkan diri.
have a wondrful night,peeps!

bye bye

Tuesday 22 February 2011

sila respect saya sebagai MALAIKAT

erk??

Assalamualaikum kawan!

Hah mesti muka korang sekarang ni blurrrrrrrrr TERamat blurkan?
alah mengaku ajelah.tak payah nak main tarik-tarik tali.
nak tau kenapa aku kata macam tu?
sebabnya adalah

daripada hadis riwayat Tirmidzi:berhati-hatilah dengan bertelanjang kerana ada(makhluk) yang selalu berada menyertai kamu(malaikat) yang tidak meninggalkan kamu kecuali kalau kamu buang hajat dan bersenggama dengan isteri.malulah terhadap mereka dan hormati mereka.

Jadi selepas ini jangan nak menyeksi ye anda-anda.
terutamanya anda yang sedang membaca ni.
iyer anda yang perempuan.eh tak lupa juga dekat lelaki.
peringatan buat tuan blog juga!

Oke dokie tu aje nak share.
sekian terima kasih
byeeeeeeeeeeeeeee

salam
:)

Sunday 20 February 2011

saya budak OGOS

Assalamualaikum,

Tadi main facebook jap.sekejap aje tak sampai 30 minit pun.ekeke~lepas tu nampak application pasal bulan kelahiran.kemudian dengan perassan membara yang teramat sanagt pun buatla.dah berapa kali aku buat pun tak tau la.

Layan aku punya karakter.
tapi awas!
tak semua betul.

sila klik gambar untuk pembesaran

Antara yang TERamat tak betul adalah:

  • dahagakan pujian(wekk!)
  • berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat (jauh panggang dari dapur)
  • sopan santun (erkkkk?)
  • romantik????????? (tak pernah pula aku test)
Rasanya for the time being itu ajelah yang jauh betul dengan au.yang lain tu BETUL sangat-sangat.sila percaya,oke.ini ARAHAN dari tuan punya blog!

bye peeps.!
gtg..
muahXOXO

salam

Thursday 17 February 2011

Anwar Hadi yang...

Assalamualaikum semua.

Kome pernah dengar tak Anwar Hadi??eh eh bukan Anwar Ibrahim tau.dia tu buat apa.menyemak aje kat aku punya blog.

Okelah aku tak tau kome kenal atau tak dia ni.aku pun baru kenal dia.baru aje kenal beberapa minit yang lepas.cuba teka siapa dia dekat aku.aku bagi korang 2 saat...oke stop!times up!!!

he's not my boyfriend nor my brother.he's no body to me.tapiiiiiii dia seorang vlogger yang best da boom,oke.dia punya vlog semua comel+kelakar+funny(?) and aku tak dapat nak describe kan la.korang tengok sendiri oke.

take a look.


and this one.


dia suarakan pendapat through youtube.kalau orang lain guna blog dia pula guna youtube.nampak sangat malas nak taip.hehehe kidding oke.jangan marah.itu ikut masing-masing punya cara la nak suarakan pendapat.and mostly video dia semua bahasa english.his english sound good to me.

Sekarang ni tak silap aku dia belajar kat sydney.orangnya muda lagi.around 20 something.kalau nak tau lagi video dia lagi sila ke youtube oke.jangan malas-malas.hidup kena rajin-rajin.

bye bye dear.
salam

Tuesday 15 February 2011

durian!!!!!

Assalamualaikum guys.

Tadi mak Syafiqah datang.bawa sekali satu kotak.then,i asked...

"apa tu makcik??"

"buah durian.ambil dari kampung tadi"

and i was like...........DAMN!!!! rasa nak jerit time tu juga.tak dapet den nak cover muka yang happy macam menang loteri tu.

Makcik saya sayang gila la kat makcik.mak cik ni macam tau-tau aje saya dengan mama termimpi-mimpikan dorian!!

sedap yang teramat sangat.

Dari semalam lagi teringin nak makan selepas tengok ada orang jual dekat Taman Saujana.hotttt nya..hari ni memang rezeki sangat-sangat bila dapat makan durian.makcik Nor bagi kitaorang 3 biji(ker buah?) durian.aku kupas sebiji aje.dah kupas,cuci dapur semua baru makan.yummmyummmyummm delicious.lagi dua buah tu aku simpan untuk mama,abah and abang.

Aku pelik betul certain peeps tu tak makan durian.dorang kata busuk la..tak sedap la..bla...bla...bla lah apa la.tak cuba makan mana tahu.orang putih pun layan durian oke!TERRRRRRRRRRRRRRRRamat la sedapnya..

Kalau buat bubur pun ok gak.makan sekali dengan kuih jala tak pun roti.masyuk gitu.buat tempoyak lagi la terangkat!! makan tempoyak+petai+nasi panas=tambah nasi 3,4 kali.

hehehe oke la tu aje.nak pergi mandi.hari ni ada tusyen.

salam semua
Salam Maulidur Rasul!!!

Saturday 12 February 2011

ini kisah N.A.Z

Assalamualaikum,

hehehe
saja je nak menempek gambar.
:)

hah meh aku tunjukkan buku yang AMAT penting.
buku ni bukan diari or so on.
but really-really important for me to take a note.
WAJIB oke.
well,SPM kan.
kena la catat nota.
hehehe catat nota la sangat.
catat homework jer.
itu pun bukan semua homeworks siap.
ish ish ish
apa nak jadi la budak nie.

-cover depan-

-cover belakang-

-cover depan-belakang -

yang kartun perempuan pink tu my sayang buat.
biasalah budak kreatif.
then yang kartun banyak-banyak kat atas tu ambil dari newspaper yang iklan maxis.
and yang ada ayat dengan gambar love tu ambil dari note paper.
ayat dia..

'the world is full of beauty
when the heart is full of love'

i like that

Disebabkan my note book punya nama pun almost same doesn't mean that is my diary.
so nak sesiapa nak buka boleh.
tapi tak reti malu ke buka orang punya?
ekekekek~

Okelah my dear,gtg.
study tak lagi ni.
oral+lisan pun tak hafal lagi.
sigh~
udahla oral+lisan do at the same day.
mau otak pecah nak ingat.
tapi yang lisan tu berdebar-debar
dup dap dup dap
nak kena buat dekat depan all student convent(f3,f4,f5)
haddoii sabar ajelah dengan cikgu.
selalu sangat aim my name.
gaya macam nama tu jer yang ada kat kelas.
hehehe
*banyak betul melalut*

bye bye
salam


p/s :please say NO to Valentine Day!!
Valentine Day is sucks!!

gila bila dapat orang gila

Salam semua.

Baru je habis blogwalking kat blog seorang sis nie.nama dia farah*kot* sis nie boleh tahan comel juga.sweet ala-ala candy pun ada.hehe owh yeah siapa yang tengah confius sampai nak migrain fikirkan how la hana tajima pakai tudung gaya macam rambut beralun boleh tengok sis nie punya video.finally hilang juga serabut kepala aku fikirkan macam mana la si hana tajima selit punya selit sampai nak terpatah tengkuk aku dibuatnya.*sheesh*

Buka link ni kalau nak tau lebih lanjut mengenai cara pemakaian tudung ala hana tajima.credits to you,kak farah.

Oke,actually aku bukan nak melalut pasal kakak seorang nie tapi pasal seorang perempuan nie.sabar ajelah aku dengan dia dekat sekolah tadi.tak pepasal nak moody semedang.dah tu kalau marah aku pun tak perlu la libat orang lain.heh! aku ada dapat rasakan yang dia tu ada layanan double-standard dengan aku.

Nak tau kenapa aku kata macam tu?dengan orang lain punyala baik.layan dengan layanan tip top.tapi dengan aku macam hampagas! aku husnu zon yang dia ada problem ke or what-so-ever tapi bila syaitoon dah menghasut memang aku tak dapat nak bersangka baik.

Balik ke cerita asal.gini ceritanya,waktu rehat semalam(11.2.10) macam biasa pergi kantin.masa nak duduk kat tempat biasa tu aku mana tau tempat tu berpunya.iyerlah 1st,tak ada nama.2nd pulak any signs yang menunjukkan tempat tu berpunya pun tak ada.jadi aku pakai duduk ajelah.sekali bila minah tu datang dia kata aku ambil tempat dia.EXCUSE ME,der since when i took your place?terasa nak terajang pun ada.aku dengan berhemah gila kata lah

"owh yer ker?aku tak tau pun?lagi pun aku tengok kat tempat kosong je.aku duduklah"

boleh pula dia balas macam ~!@#$%^&*

"takkan tak nampak ko?! lain kali tengok la dengan mata!

whooooo what the heck kau! dah memang tempat tu kosong ko nak salah kan aku pulak?boleh blah la.member yang lain pun setuju dengan aku.tempat tu kosong tak berorang.aku duduk la.lepas tu dia beralih pula tempat bertentangan.kiranya we face each other.time dia nak duduk sekali tu seorang kawan aku yang berhati lembut pula datang.dia pergi marah pula perempuan seorang ni.dia kata macam ni

"ish kenapa setiap kali aku nak makan mesti ada orang kacau?tak boleh ke aku aku nak makan dengan tenang?"

gitu la gamaknya apa yang dia cakap.kawan aku yang berhati lembut nie apa lagi blah arh.bersabar ajelah.aku dengan IKHLAS sangat katalah minta maaf dan bagi some reason yang reasonable.ek eleh perempuan boleh pula perli-perli aku.cibai juga mulut tu karang.kira nasib baik aku ni jenis malas nak panjangkan cerita.stop had tu aja.and aku tak ada masa nak bertekak hal kecil macam tu.so childish!da habis makan terus blah.baiq pi la.D.I.C????

Hurmm tu aje ketidak puasan hati aku mengenai perempuan yang aku assumed tengah dilawati oleh pak cik PMS.bagi aku everyday dia PMS.ekeke~

BTW,gtg.today ada bengkel menulis jawi pukul 8.00am.sekarang pukul 1.45 pagi.gosok baju pun tak lagi.ish ish ish.lagi teruk dapur tak berkemas lagi tuh.GOSH! i hate when i HAVE to seat infront lappy.lappy ni goda I la.

bye bye have a wonderful weekend,babies!

Monday 7 February 2011

isnin yang penuh kebiruan

entri ke-2 hari ini.

Macam semua orang tahu yang hari ni isnin.ataupu monday blues.memang blues memanjang.lagi-lagi bila dah cuti seminggu nak mulakan balik rutin biasa memang agak payah.ala semua orang lalui benda yang sama.jangan kome nak denykan.

Masa perhimpuan lagi dah boleh tengok betapa tak bermayanya students and teachers.ekeke~ dalam asembly tu sempat la jugak aku tidur.memang kelamahan aku tak boleh dengar orang mumbling.nanti mata nie mulakan dia punya tugas menutupkan mata.start cikgu duty last 2 weeks bercakap terus menguap.time principle bagi ceramah terus minda dibawa lari ke alam yang tak diketahui.KROHH..KROH...KROH... nasib baik tak berair liur basi.

Balik kelas pun sama.obvious gila semua orang ngantuk.lagi-lagi pelajar cina.pelajar yang selalu bertenaga kat kelas pun mengaku kalah sebab letih.cikgu mengajar kat depan pun ada la some students terlentok.one of them adalah aku.gila tak boleh tahan.lagi-lagi waktu add-math.harapkan mata tercelik tapi otak dah tidur.zzzZZZzzz.naskb begitu baik when cikgu BI masuk lambat.5minit lambat.gunakanlah kesempatan untuk tidur.nyenyaknya sehingga 5minit kemudian.adeh tetiba lapar pulak.memang mendera hati dan nurani seorang pelajar.


macam ginila rupanya bila di hari isnin.

Agknya macam mana la nanti eyh bila dah kerja?? nanti la fikirkan.now all focus should be at SPM end of this year.

Lagi normal bagi pelajar tak kira pandai,bodoh,rajin dan malas homeworks tak siap.hehehehe.pagi tadi semua kibut tak siap BM la,add-math la,BI la..ada aje yang tak siap.lagi haru bila source untuk meniru fizik tak banyak.ramai sangat yang tak siap dari siap.sabar ajelah.nasib baik fizik dah siap.ada bangga sikit.ekeke

Okelah kali nie betul-betulnak gi bersiap nak ke tusyen.
bye bye and assalamualaikum

mimpi di siang hari

Assalamualaikum semua

Ni ha nak cerita pasal mimpi di siang hari.eh eh bukan berangan,oke.maksudnya mimpi waktu tidur yang berlaku masa siang.ada paham?kalau tak paham buat-buat paham tau.aku malas betul nak explain panajng-panjang.

Nak tau apa aku mimpi tadi?ada ker patut sekolah aku yang berada kat atas bukit tu boleh banjir.Ya ALLAH,memang dasar mimpi.dah tu banjir dia melampau gila-gila punya la.siap ada ombak bagai.sampah sarapnya.ish ish ish.setan betul mimpi tu.macam mana kome tengok banjir dekat johor tu gitu le mimpi aku berlayar.

Yang pelik bin ajaib cucu kepada tok hairan,boleh pula sekolah convent rendah tak banjir.yang banjir around sekolah menengah aje.budak-budak sekolah rendah cool aje study.nasib baik tak ada buaya atau apa aje haiwan yang buas.hah yang lagi tak boleh blah dan-dan le masa banjir tu ada kayu balak.mak aii lagi aku pelik cam mana boleh ada balah kat sekolah tu?setahu aku sekolah tu bersebelahan dengan jerat cina dengan perkampungan.hish~

MyEm0.Com
ala-ala gini la rupa aku sekarang ni :)

Okelah tu aje nak cerita pasal mimpi di siang hari :) nak pergi mandi then gi tusyen.

HWAITING!

Sunday 6 February 2011

end of holiday!!

Assalamualaikum semua.

Okey seperti yang kome semua tahu hari ini last day for holiday.ada setengah dari kome cuti start dari last wednesday tapi aku agak bertuah sebab start cuti hari isnin lepas.SEMINGGU,okey.jangan jealous gitu.mengalahkan orang cina meraya.ekeke~

Macam entri sebelum ni kata yang homework menggunung macam Everest tak siap didaki lagi.huh tak siaplah tu jawabnya!ceh.esok kena sekolah.mak kau lagi 200++ lagi hari yang perlu aku lalui untuk SPM.grrrrrrrrr~ dan yang pasti add-math aku tinggalkan.tak sanggup aku nak jawab.namanya simultaneous tapi menyusahkan otak aku aje.kalau boleh buat clock-wise mau aku gi jumpa orang yang cipta formula memeningkan kepala tu.bagi tampar+sepak+terajang lastly aku buat pertukaran otak.heh~ dah melalut.

CNY ni banyak habiskan masa dengan encik tv.dia tu selalu benor goda aku.tampar kang!sampaikan homework pun aku kena lambai tangan say bye bye.12am already.mau siapkan karangan yang perlu dihantar esok.add-math esok pinjam la siapa-siapa punya.duh~

conclusion:when the days of holiday INCREASE,the homeworks also INCREASE,and a LOT of homeworks not complete yet!

mood:termenung sambil fikir, mak aii tak dapat result lagi dah masuk UTP.pandai ko syahira.(jealous aku dengan dua pupu sorang ni)

Tuesday 1 February 2011

segar dari ladang

hallo dan assalamualaikum semua.

wallah wallah ini blog segar punya.eh eh tapi bukan roti segar,oke.ini segar dari ladang punya.ladang mana?huh ladang mana lagi kalau bukan ladang new zealand.kikiki merepak suda~
ini belog baru+fresh.silalah hirup udara yang segar yer.dah berapa lama korang asyik hirup udara yang penuh dengan carbon monoxide ajo.
segar tak?
segar tak blog nih??


okelah aku tak ada banyak masa nak melalut kat sini.mau chaw.homework menggunung nak disiapkan.biasalah student harapan sekolah katakan.nak termuntah dengan auta tu!
tak apa tahun ni aja pun.next year terbongkang la ko.tahun nie perang habis-habisan dulu.baru enjoy.

conclusion:as increases the day of holiday,more increases the homework that teacher gave us!

mood:sigh~