Friday 4 March 2011

parti tidak menentukan syurga atau neraka

Assalamualaikum semua!

Hari ni hati terasa seperti nak mengupdate apa yang tengah berlaku dekat N27 kerdau dengan N28 merlimau.kiranya nak cerita pasal politik la.kalau tak berminat you may go from this entry.apa yang aku nak cakap nie just mengikut pandangan aku.tiada pengaruh dengan sesiapa tapi apa yang aku perhatikan.so,kalau aku salah apa-apa harap diperbetulkan.

Tadi masa dekat sekolah sempat selak surat khabar Utusan Malaysia.nampak satu tajuk tu menarik sangat.tajuk dia


Hadi Awang, Bob Lokman dan kempen Pas


Sebelum ni Bob Lukman ada kata dia masuk Pas sebab Pas dapat jamin dia masuk syurga.durhhhhhh (=_=)' pening aku tengoknya pun.hal syurga neraka ni antara ALLAH dengan amalan kita.tak guna juga kalau masuk Pas amalan kita tunggang langgang terus masuk syurga.kejadahnya?sama juga dengan BN.kalau masuk BN kita akan masuk neraka.deyy!kalau ahli BN tu mati syahid pun dia masuk neraka gak ker?aku agak pelik bila masyarakat kita boleh percaya hal macam nie.bukan ke tu dah kita syirik sebab percaya benda macam tu?sedangkan orang tu punya amalan pun kita tak tahu oke ke tidak.dia bukan tuhan.tetapi sekadar menjadi khalifah dibumi ALLAH.

Tak kisah dimana parti kita berada pun amalan(agama) still at the top one.lantaklah korang parti pembangkang ke parti kerajaan ke sama aje.yang membezakan kita adalah amalan.macam yang korang tahu hanya tiga perkara sahaja yang kita bawa semasa mati iaitu doa anak-anak yang soleh,AMALAN dan budi yang kita taburkan.only that!no more no less!ada dinyatakan parti?tak adakan? so korang sokonglah parti apa pun.tapi propaganda berkaitan agama janganlah terlalu taksub sangat.sebab sometimes people manipulate a religion to get supporter.

NO OFFENCE!

Daripada pemerhatian aku la kan,masyarakat kita ni cepat sangat tunduk kalau berkaitan agama.tak fikir apa-apa pun terus accept sesuatu benda tu bulat-bulat.bukan nak kaji.aku pelik bin hairan betul.yang mana dorang berkempen menggunakan agama sebagai umpan.sigh(-.-)'
kalau diikutkan masa zaman Rasulullah,agama at the top then followed by politic.TAPI tak ada pula kata siapa masuk parti aku dapat masuk syurga.sepatutnya jadikan politik sebagai medium merapatkan perpaduan.bukannnya meranapkan perpaduan.sungguh aku pelik dengan orang melayu kita nih.

Ada satu lagi tajuk rencana tu lagi la.aku tak tau apa tajuk dia.nanti kome carilah dari utusan bertarikh 4mac2011.

Ada seorang pengundi ni aku tak sure Dun mana.salah satu sebab kenapa dia tak sokong kerajaan kerana tajuk rasuah.huh(0.0)' aku tak tau mana relevannya kata rasuah tu.sokong je kot.bukannya apa-pun.sekiranya korang dah mengundi itu lagi bagus sebab korang dah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.AND,undian anda adalah rahsia.remember that!supaya orang lain tak influent anda untuk mengundi parti apa.

PELIK BIN AJAIB BIN HAIRAN


Okelah aku malas nak ulas apa-apa lagi.tunggu aku jadi ahli politik dulu.tak pun penganalis politik.time tu baru aku ulas gila-gila pasal politik Malaysia ni.sekarang ni tak boleh.tak pasal-pasal kena tahan dengan ISA karang.habis gelap masa depan aku.

bye and as-salam

No comments: