Friday 19 October 2012

Rahsia Hati

Saturday 13 October 2012

where i starts the journey

Assalamualaikum dears!!!
long time no see and i'm pretty sure lot(maybe) of you miss me!hekhekhek

Oke sebenarnyakan banyak yang aku nak ceritakan.banyak sangat-sangat kisah yang berlaku sepanjang hampir tiga bulan aku hidup dekat sini.and im getting used of it.alhamdulillah.and insyaAllah aku try untuk spill it out.hehehe

dan tak sangka aku nakkan ampai ke penghujung semester satu.hewhewhehwhew tak sangkanya cepat sangat masa berlalu.

oppps!
aku pakai cakap je introduction kan,tapi tak sebut pun kat mana aku belajar.
well now,i,Nur 'Ainaa' Zulkifli is now officially being a POLISAS student!
:D

what and where?
POLISAS stands for politeknik sultan haji ahmad shah,kuantan pahang

makanya,sekarang ni aku jadi warga pahang untuk 3tahun!!!
yeay kalau tak ada aral melintang la 
:)

apa kata kalau aku letak gambar aje.aci tak? >.< aku malas nak cerita..biar gambar yang bercerita


can u see that??!


geng-geng PRS


masterchef POLISAS


classmates 


jamuan hari raya DEC


jadi master of ceremony for speakers corner


kawad


last day at aman sari resort,pantai sepat


jadi debator tak bertauliah XD


sebahagian aktiviti aku sepanjang hidup dekat sini.tu je kot..aku malas nak taip lagi.can i?hahaha

oh ye tengok lah video ni..video yang dibuat oleh abang LU APA HAL? semasa dekat kem prs




Wednesday 13 June 2012

ww-ada masalah ke?




p/s abaikan kulit aku yang semakin tanned :)

Monday 11 June 2012

tiada motif

Assalamualaikum!


bukan nak kata apa,aku rasa aku lipat lagi cantik.
 lipat ikut sama panjang.sangat tertib.
very idealistic la orang kata.
lipatan aku ada ukuran.huhu
aku lagi suka kalau aku yang lipat daripada orang lain...

hehehe puji diri sendiri pulak
XD

Tuesday 5 June 2012

do not touch me!

Assalamualaikum!

Pffft tajuk entri tak boleh blah.HAHAHA*gelak macam evil jap* oke entri ni tak ada kaitan dengan kena raba ke apa  ke tau.cuma tajuk nak bagi habis gempak aje XD



Cuba bagi tau aku siapa sini yang suka kena sentuh?i mean sentuh kulit tau bukan sentuh hati.for sure la most of us especially perempuan tak suka kena sentuh,kan.lagi-lagi kalau kena sentuh dengan yang ajnabi.rasa macam ermmmm entah la.tapi perasaan tu sungguh tak syok!tu bagi aku la.orang lain aku tak tau.*nau'zubillah kalau terkena kat aku*

Macam aku,aku tak boleh kena sentuh pun dengan orang lain.oh macam gedik pun ada ;) jangan kata sentuh,nak kena cubit ke pukul ke terlanggar ke semua aku tak boleh.sebab nanti aku sakit.wahahaha super gedik XD adakah kerana epidermis layer aku terlalu nipis sampai aku cepat sakit atau geli ketika disentuh??wakaka.oke tak lawak pun =.=



Aku tak kisah kalau  nak kena angkat benda berat,tapi aku kisah kalau orang nak cubit atau pukul aku.sakit woo.macam kes kaki aku kena hempap dengan anak lesung batu la.perghh sedap kot kena hempap.hahaha silalah buat dekat rumah.rasa nak gelak aja.wahaha nampak ke-tingtong-an nya di situ

Monday 28 May 2012

gula vs gula-gula

"kak yang tak tau cam ner boleh dapat adik yang benggong macam ko ni??nak kata tak pandai,ko pandai..."

"ala kak yang ni..salah ko gak napa tak tego orang tadi???"

"ate,ko dah nampak benda tu GULA.bukannya GULA-GULA!takkan ko tak sedar lagi kot?"

=.='

Assalamualaikum semua!


oke dialog yang dekat atas tu baru aje berlaku beberapa minit lepas.sungguh.baiklah cerita yang aku nak ceritakan ni baru aje berlaku beberapa minit lpeas.still fresh in my mind.mungkin kisah ni tak lucu bagi kome,tapi bagi aku dan Kak Yang ianya adalah kisah paling benggong yang aku pernah lalui.indeed!selain kisah aku tersilap order air.aku ada cerita dekat blog lama.huhuhu 

al-kisahnya bermula....

Tadi masa selongkar beg Kak Yang,terjumpa la sweetener dari tesco.seperti gambar diatas tu.then aku main-main la sekali tu nak le tengok macam mana dengan rupa dia,kan.gaya macam jakun gila.hoho dah habis godek-godek macam mana nak keluarkan,akhirnya dapatlah tengok macam mana ghupenya.

Klimaks kepada cerita ni,bila kak yang bagi aje tablet tu aku terus ambil tanpa berfikir tambah tolak bahagi darab,diroot kan segala bagai dengan tanpa rasa bersalahnya terus masukkan tablet tu  ke dalam mulut.perghh!tak boleh bla kak yang pandang aje aku dengan tanpa rasa bersalah.bila benda tu dah melt dalam mulut,baru aku sedar yang aku makan GULA bukannya GULA-GULA.Kak Yang hampeh!bukan nak bagitau..bila aku dah mula menjerit baru dia nak keluarkan suara.grrr~

=.=

Satu botol air mineral berisi 500ml aku habiskan sebab nak hilangkan rasa manis dia.walaupun pun sweetener yang aku makan tu low calories tapi still lg contain sugar,kan?pfft adakah kerana tablet itu seperti gula-gula maka aku pun telannya tanpa ragu-ragu?hurrmm it could be

tablet sweetener tu macam ni la.tapi warna putih.

Baiklah dears aku rasa sampai disini ajelah aku update tau.maaf aku tak mampu nak buat entri pendek-pendek la.heheee :D harap korang tak bosan AND the most important,abaikan kalau tak faham.aku tau entri aku ni agak syok sendiri sikit.kepada yang memahami cerita ini,tahniah!eheheee

morning!

Friday 18 May 2012

stop moaning!

stop!
stop!
stop!

stop moaning about everything

find something good about it!

heheheee

banyakkan bersyukur,oke ?!

hahaha colourful sungguh entry aku kali ni
:)

Friday 11 May 2012

violent at home

Assalamualaikum buddy!

Folks,can you see title above?can you?can you?huh,kenapa tajuk macam ada keganasan berlaku?apakah ini entry mengenai kes penderaan kanak-kanak tersebut?

wallah!
banyak persoalan yang berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
otak kata jangan hati kata ya
hidup tak menentu adakah ini cinta??

erk?
apa pasal tak pasal-pasal keluar lagu najwa latif ni?
something is wrong with my mind

Oke,forget about that!DAN entri ni tak ada kaitan langsung dengan kes penderaan yang menjadi trending lately ni.jangan risau.tak ada juga kaitan dengan yang hidup atau yang mati.sekian :) entri ini segalanya mengenai aku.AKU ADALAH AKU.*tak pepasal*

Aku tak taulah kalau kome macam mana,tapi dekat rumah aku memanjang aje keganasan berlaku.tak percaya?sini aku tunjukkan ;-

kepala kipas patah.entah tahun berapa

anak lesung batu patah menjadi dua.
berlaku last sunday,6may 2012.
nothing is impossible

can you see it?daripada panjang berubah menjadi dua.
nak buat sambal belacan pun tak menjadi ;)

dah percaya?

apa kome ingat keganasan rumah tangga ke?
jangan kata rumah tangga yang perkahwinan tu,tangga dekat rumah aku pun tak ada.
jadi mana datangnya keganasan rumah tangga tu?
ermmm*roll eyes*


Sebenarnya,violent at home yang aku maksudkan tu adalah kerosakkan yang berlaku dekat rumah aku parents aku.antaranya yang aku tunjuk tadi tulah.banyak lagi sebenarnya yang berlaku.tapi gambar semua tak ada dan aku pun lupa.antara keganasan lain yang aku ingat ;-
  • tombol pintu bilik patah
  • soket laptop kak Yang tercabut
  • rosakkan radio(rasanya perkara biasa kot)
  • patahkan kerusi
  • etc
cuba teka siapa yang buat?
kalau betul aku bagi kome hadiah.
hadiah yang hanya ada kat aku sorang aje.
orang lain tak ada apa yang aku ada :)

tetttt
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
times up!

Sungguh aku wonder tahap 3.0x10 kuasa negatif lapan..oh stop metaphore!kadang-kadang tu aku tertaya juga yang aku ni perempuan ke lelaki?sebabnya lelaki aje ada perangai suka rosakkan barang.vandelisme sungguh!hehee eh tapi...abang aku tak pernah pun rosakkan barangan dekat rumah selain motor dengan basikal dia ;)

heheheee

Tu sebab bila mama,abah suruh buat sesuatu aku refuse.bukan sebab malas(walaupun kekadang tu ada) tapi sebab aku takut aku rosakkan barang tu.jadi,sebelum aku rosakkan barang,baik aku tarik diri dulu.nanti tak pasal-pasal aku juga kena marah =.='

Tapi selalunya kalau aku kena marah,aku buat muka innocent aje.hahaha i loike,u!TAPI,tak ada beza pun aku buat atau tidak muka innocent sebab kawan aku,Mai Sarah kata,muka aku memang tak berperasaan.muahaha.double loike!

Actually,it's not only me who always do a violent at home.most of us always do but whether we realize it or not.and it's not a crime if you have do violent before.because we are not perfect.but,everyday,we try our best to make it perfect.no matter you are boy or girl,we are same.we are HIS creation.as long as we are HIS creation we can't run from problem until we die know where is our ending in hereafter.either jannah or hell.

remember,nobody perfect!
so,to mother-in-law-to-be out there don't you hesitate to have a daughter-in-law-to-be like me.miahaheuheu 

oke oke,stop until now.
assalamua'alaikum

ps.violent at home??i'm used to it.muehehehe

Friday 20 April 2012

i wanna

sekarang ni aku tengah dilema.
ye dilema yang teramat sangat-sangat.
wah,bunyi macam dilema wanita pula :)

tapi aku memang wanita  perempuan pun

oke forget about it!

warghhh sekarang ni kita rasa nak macam-macam.
dengan duit yang ada sejemput beberapa keping aje kehendak tu lebih daripada keperluan!
heheee

oke!
sekarang ni...

orang rasa nak SHOPPING!
hahaha of course la shopping at the top kome.
saya hanyalah typical perempuan,yaw!

shopping pula nak macam-macam.gaya macam gaji tu banyak aje.
heheee :)

TAPI tolong la..
aku bukannya tipikal perempuan yang hanya tau shopping pakaian aje.*mungkin ada benar juga.*
hohohoho

selain tu,aku rasa nak buat BUSINESS la.
heh apa tak percaya ker??
silalah percaya tau :)
tapi tak tau lagi nak buat bisnes apa.
mama suruh keluar modal sendiri.
sob..sob..sob..

Okelah tak ada guna aku taip panjang-panjang pun.
bukannya kome boleh tolong awok pun.

Assalamualaikum :)

*hahaha cuba kome kira berapa banyak kata ganti diri pertama yang aku gunakan.*

Thursday 19 April 2012

H.O.W ???


Uh I got a problem right now!

i dont know 
.
.
HOW to express my feeling right now.

so much thingy i want to share BUT i just don't know  HOW to pull it out!

it's stuck in my head.
lalala~

AND

it makes me wanna burst my heart.
LOL??

oke oke STOP!

klah assalamualaikum.

Wednesday 11 April 2012

10 / 11 APRIL

Assalamu'alaikum

Aha!ada apa dengan dua tarikh berkenan?well,dua-dua merupakan tarikh penting.satu,penting dekat keluarga aku and another one,penting dekat keluarga besarku serta kepada negara.

Yeah!aku malas nak type panjang-panjang.nanti ada orang tu bantai aku sebab entry panjang macam nak buat tesis phd.tapi tak per.korang doakanlah agar aku dapat buat tesis PhD dimasa aku dewasa nanti :)

Oke,staright to the point babeh!

10 april 2012


to:>

beautiful lady in my life,Pn Ishah Mat Shah.

Happy Birthday
You are very special
And you deserve the best
I wish you a wonderful life
Filled with love and happiness

sorry mama no present for your birthday.tapi tak per.hadiah kasih sayang pun dah cukup,kan mama?eheheh~

11 april 2012


Seperti yang diketahui umum(kalau tak tahu tu melampau) hari ni merupakan hari pertabalan Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk kali yang ke-2.dalam sejarah dua kali negara berada dibawah tampuk pimpinan Baginda.masa kali pertama tu  pada tahun 1970 ketika berusia 42tahun.agak muda untuk waktu tu tapi sekarang takhta tu dipegang oleh mantan Yang di-Pertuan Agong ke-13.dan untuk kesekian kalinya,Agong kita menjadi ketua negara kepada anak bekas PM ketika itu,Datuk Seri Najib Tun Razak.yeay,sejarah tercipta!

Yang di-Pertuan Agong dalam perjalanan ke balairong seri.diketuai oleh Datuk Paduka Maharajalela:Azuan Effendy Zairakithnaini

DAN

sekalung tahniah kepada pak cik Wan kerana berjaya mengepalai majlis yang begitu penting kepada negara.we(teraktakTak-ians) proud of you! 

*heh maaf agak bangga sekejap :)*

TIDAK DILUPAKAN JUGA

petang tadi,about 4.30pm ada gegaran tsunami berlaku dekat kepulauan Asia tenggara(near-by to acheh especiallly).doakan agar semua saudara kita semuanya selamat.itu petanda bahawa kiamat sudah dekat.

as-salam.

Saturday 7 April 2012

PERASAN itu syok sendiri

Assalamualaikum 

Oyeah~baru aku perasan yang blog ni hampir sebulan tak berupdatenya pun.heh kalau tidak aku nak update 8april nie baru cukup sebulan.tapi tak apalah.aku suka nak type entri baru TAPI setiap kali aku nak update mesti aku akan melalut sampai ke laut.sungguh tak best!dan aku juga banyak idea yang nak dilambakkan tapi macam biasa idea tu sedikit aje melalut aje lebih.heh~my bad.mianhe :) *abaikan kalau tak faham*

Baiklah pada petang yang hening ni,hati aku membuak-buak mahu menulis entri bertajuk 'Perasan' as you can see above lah.heh rojak sungguh bahasaku.oke oke sungguh aku tak ada humor sense like zackzukhairi nor tiara fazlin.so im sorry kalau korang rasa bosan gila bila baca blog saya.heh~sungguh pehal aku poyo gila nie??oke!aku nak tergerak hati nak buat entri mengenai 'perasan' ni selepas aku join kem Perkampungan Menara Gading Perak 2012.mesti kome tertanya-tanya apa kaitan,kan?kan?kan? hahaha kaitannya biarlah aku dan kak Yang aje yang tahu.nanti kome kata aku ni PERASAN terlebih pula.hahaha.


Baiklah pembaca-pembaca sekalian,seperti yang diketahui umum perkataan perasan ni ada dua maksud.kiranya boleh buat dua ayat yang berlainan maksud la.oke contohnya:'wei,aku PERASAN muka kau ada cik jururawat(baca:jerawat) baru bertugas la'.satu lagi contoh:'tolonglah jangan PERASAN sangat,okey'.dapat tak maksud yang aku cuba sampaikan?okelah maksud PERASAN dalam istilah kehidupan aku,satu,kita menyedari sesuatu dan yang kedua,kita syok sendiri.huehuehue dan dalam kes yang aku nak cerita ni adalah perasan yang syok sendiri.huehuehue.macam tak biasa aje kome nie jadi seorang yang perah-santan.wah,dah macam cikgu BM pula aku ni.bolehlah ganti cikgu Kamisah in future.XD

Fine,sekarang ni jangan banyak melalut dah!

.........................................................(T_T)......................................................

Aku dah lupa nak type apa sebenarnya.ini entry yang sudah dijeruk untuk beberapa hari sehingga membuatkan aku menjadi seorang yang pelupa.lalalala~

*pause*

alhamdulillah,the first impression of others i have a postive.yeay!BUT,please look the arrow that I put at..hahahaha it raise my level of kePERASANan :)

OKEY!

Cakap dekat aku,macam mana korang atasi masalah kePERASANan korang?kalau aku senang aje,diam-diam sudah.huhuhu*sekali-sekala aje* takpun aku share dengan sisters aku.hehehe the best way la sebab kitaorang kan perempaun jadi faham sangat perangai perempuan ni.walaupun kawan-kawan aku semua perempuan tapi feeling masa kita nak bertukar cerita tu lain.kadang-kadang bila kita bersembang dengan kawan,rasa tak best sebab kita tak tau kalau orang tu cakap belakang kita atau kutuk kita atau jaja kisah kita dekat orang lain.tu bagi aku la.setiap orang ada pandangan masing-masing.ada setengah orang lebih selesa berkongsi dengan mama dorang.

Lagipun bila aku kongsi dengan sisters aku,kena kutuk depan-depan pun tak terasa sangat.sebab kita faham diri masing-masing.lain kalau kita berkongsi dengan kawan,kita tak faham in-and-out mereka sangat.jadi bila dia kutuk kita(vise versa) it might harm the friendship bonding.kadang-kadang tu bila dah terasa hati dengan kawan,mood nak berkawan pun mungkin akan berkurang.again,it's my opinion.you can object my thought if you want to.

  perasan is awesome in certain things!

Siapa sini yang kata perasan tu tak cool?! hey you!yes you! kome tau tak perasan ni boleh meningkatkan kome punya self-esteem?yes,that's true!tak percaya?in case if you're the one that have low self-esteem then,you must say that you are good and much better than other.eventhough you are not.ayat ni pun lebih kurang macam perasan juga,kan namun ia mampu meningkatkan kita punya level of confident.do try lah kalau nak tau betul ke tidak.aku selalu juga kata macam tu kat diri aku sendiri.contohnya,bilamana orang kata yang Ayong aku lebih lawa*it is!* then aku katalah yang aku ni lagi lawa+pandai dari dia(kata dalam hati aje).sebab dia bekas lulusan UIA.aku ni just ex-student convent.and it's work!oyeah!! hahaha bunyi agak perasan,kan?tapi membantu aku untuk meningkatkan self-esteem aku.tapi tak boleh selalu la..

TETAPI


Anda akan menjadi seperti jari diatas jika mengamalkan sikap perasan selalu.eii tolonglah!siapa yang mampu bertahan kawan dengan budak yang perasan tahap kuasa tera?melainkan kalau orang tu kaki bodek aje.eh,tolong jangan salahkan saya pula tau! last year,when i was in SPM year i got very-the-perasan classmate.warghhhhhh~ memang satu batch kenal dia sebab keperasanan dia.dia selalu kata yang dia tu lawa.kalau awal-awal tu aku boleh tahan lagi but bila dah sampai dua tahun aku kena ngadap dia nyampah pun ada.lastly,aku tengok muka dia dah tak ada seri keremajaan sebab dia suka perasan.orang yang bajet bagus pun sama.

JADI

moral of the story,sila kawal penyakit PERASAN anda tau.tidak semua orang boleh tahan dengan sikap perasan anda.perasan ni ada baik dan ada buruknya.jadikan sikap perasan anda sesuatu yang boleh meletakkan anda di puncak kejayaan,okey!

thanks baca =)

Friday 9 March 2012

tak memberi inspirasi langsung

Assalamualaikum semua!
.

Aii nak tanya kat korang sekarang ni.sepanjang korang hidup,pernah tak berjumpa atau mendengar atau apa-apa saja la pun yang tidak memberi inspirasi kepada korang?heh~mestilah ada.penipuan yang nyata sungguh kalau korang kata tak ada.takkan la semua benda memberi inspirasi kepada korang pula,kan?tak adil la macam tu.dunia ni tercipta ada pro(s) and con(s).contohnya,kalau korang tengok muka aku Dr S Muzhaphar mesti dapat inspirasi untuk berjaya macam dia,betul tak?huhuu.dan kalau korang tengok muka penagih dadah,agak-agak dapat tak inspirasi?non hado,aite?(kecuali bila orang tu bangkit dari zaman renaissance dia then berjaya,ye aku respect pada dia!) hehehe that's a life!

Oke oke back to our topic back!jadi malam ni aku terasa terpanggil*poyo* untuk share benda yang boleh menghilangkan mood aku a.k.a hilang terus inspirasi aku.hehehe the thing that uninspirational me at all is
.
.
.
.
.
.
.
.
.   
.
.
.
.
.
.
.
LAZY SONG
Yes!the answer is the LAZY SONG by Bruno Mars.durhhh~sungguh kalau boleh TOLONGlah jauhkan lagu ini dari telinga aku.aku yang malas ni akan menjadi lebih pemalas kalau tetiba aje dekat radio keluar lagu ini.dan kalau mood aku rajin tengah ada bila dengar aje lagu ni terus menjadi seorang yang pemalas mengalahkan koala,kome tau tak?!!!*emo betul*.ke kome tak rasa seperti aku?

Walaupun aku ini jenis general listener AKAN TETAPI*bajet karangan SPM* telinga aku ni akan jadi nyilu kalau dengar lagu ni.sungguh tak tipu!bagi aku,lagu ni menggalakkan aku untuk menjadi seorang yang pemalas.adakah kerana ianya berjudul LAZY SONG? *again,ayat poyo*

this is why,i hate this song!it's influence me to be more lazy-ous than before.
Dan aku agak,bukan aku seorang yang merasakan lagu ini mengajar kita untuk mejadi seorang pemalas.most of us think the same too(i guess).tak tau le pula kalau telinga kome jenis kebal dengan lirik lagu ni.bagi aku kalau nak lagu yang memberi inspirasi dengar lagu AAL IZZ WELL dari cerita 3 IDIOTS.lagu ni menjadi sumber inspirasi aku selepas aku tonton dari hard disk kak yang.jadi silalah dengar yer.ni link lagu aal izz well.aku malas nak letak kat sini.see?how lazy i am!


and this is the song!
amaran:jangan dengar kalau anda sama seperti saya yang akan berubah menjadi malas selepas dengar lagu ini

my name is KOALA =)
Comel,kan?walaupun koala merupakan haiwan yang pemalas(tidur 22jam,2jam cari makan) akan tetapi dia tetap digilai oleh manusia.heh kalau aku menjadi sepemalas koala agak-agak ada tak sesiapa nak hire aku bekerja dengan dia?jangan kata kerja,nak buat bini atau menantu pun tak mau.buat menghabiskan beras aje.dah le sekrang ni beras mahal.

Baiklah aku rasa dah banyak aku menaip ni.nanti orang pun naik menyampah nak baca karya picisan aku ni.jadi,kepada mereka-mereka diluar sana terUTAMAnya perempuan,silalah rajinkan diri anda kalau terasa tak mau menjadi andartu.hehe =)

As-Salam

*segala gambar dari pak cik aku

Friday 2 March 2012

salary

Asssalamualaikum

Alhamdulillah praise to ALLAH.huhuhu for the first time yo i get my FIRST salary!!!hohohoho over excited.huh  please tell me who will not happy get their salary in the end of the month??!

Oke that's all.
huhuhu just wanna share my happiness with you all.

Don't ask me how much i get.

Thanks
:)

Monday 20 February 2012

jalan-jalan sekitar ipoh

Assalamualaikum

2012 ni merupakn TAHUN MELAWAT PERAK.jadi sekarang ni dekat perak ada langsungkan beberapa pameran lah.antaranya pameran Kesultanan Perak and pameran keranda(bunyi habis menakutkan aje).maka sebagai rakyat perak yang sejati (^_^)v aku and family pergi la melawat tempat-tempat tu.ala bukan jauh mana pun.dekat nun Ipoh je kot.tak sampai sejam je kot dari tempat kawasan perumahan aku sekarang.macam dari Sg.Buloh ke Flora Damansara.hahaha tak der kaitan kot.

Pameran Kesultanan Perak berlangsung dekat Dewan Bandaraya Ipoh manakala Pameran Keranda dekat Muzium Darul Ridzuan.ala tak juah pun dua tempat ni.tak sampai lima(5) minit pun.jalan kaki pun boleh.

dewan bandaraya ipoh.berhadapan dengan stesen KTM IPOH  a.k.a  hotel stesyen.

muzium darul ridzuan.bersebelahan dengan balai polis.berdekatan dengan banggunan SUK.
 At first kitaorang pergi pameran Kesultanan Perak.banyak jugaklah yang kitaorang tau pasal keluarga diraja Perak ni.kebanyakkan dari mereka merupakan peguam dari zaman pemerintahan Raja Chulan.maaf kalau salah.sehinggalah ke Raja Azlan.then baru Raja Nazrin ambil kursus ekonomi.kaitan kesultanan Perak dengan Johor memang rapat selain Raja Zarith Sofia bersuamikan Sultan Johor,their ancestor merupakan adik beradik.kan sejak Sultan Mahmud mangkat dijulang anak dia seorang lari dekat Johor lagi satu lari dekat  Perak.hah kira ada jugak relate,kan.oke kalau nak tau lebih lanjut silalah lawati Pameran Kesultanan Perak yang berlangsung hingga akhir bulan nie.anda masih ada beberapa hari lagi tau.dan SAYA BANGGA MENJADI ANAK PERAK! (semua orang pun bangga menjadi anak negeri kelahiran masing-masing).

kita layan gambar sebentar.rehatkan mata dulu :>

selamat datang ke 'Pameran Kesultan Perak'

the married couple 

masing-masing khusyuk membaca sejarah.

bersama DYMM Sultan Azlan Shah bersama Permaisuri Bainun.tak dapat orang betul bersama gambar pun jadilah.

macam yang korang nampak tajuk nya 'salasilah kesultanan negeri perak'

bangsa melayu WAJIB tau!!inilah hak kita di negara sendiri. 
Oke,sekarang ni kita teruskan pengembaraan dengan Pameran Keranda pula.jangan takut la.chill sudah,oke.tak ada apa-apa sangat pun nak diceritakan.senang cerita silalah ke Muzium Darul Ridzuan kalau nak tau lebih lanjut.pictures again.aku tau kome suka,kan?

selamat datang.saya pemandu arah pelancongan anda sepanjang disini :)

agama hindu punya cara pengebumian

aku lupalah ini agama punya pengebumian.

kalau tak silap aku ini islam punya cara.

ni harga tiket dia.actually kitaorang pergi berlima(5) tetapi entah kenapa pak cik tu baik sangat bagi aku masuk free.semoga murah rezeki pak cik tu.amin.

Hah rasanya ini ajalah yang boleh aku kongsikan.aku agak korang pun dah boring dengan blog aku yang serba-serbi bosan.tak ada ilmu pun yang boleh korang dapat.by the way,all photos came from sony ericson cedar camera.jadi jangan haraplah dapat hasil yang tip top seperti aku pakai camera DSLR.


Terima kasih mengunjungi blog ini.
Assalamuaalaikum
:)

p/s:selamat kembali ke Malaysia abg Ariff Shah.hope more prosperous in your life.and for this entry  harap nama saya bertuah :)walaupun tak pernah pergi ke moscow sekurang-kurangnya ada juga souvenir dari sana

Thursday 16 February 2012

kids are innocent

Assalamualaikum

Sekarang ni aku bekerja sebagai cikgu.owh yeah.anda tidak silap baca.saya memang seorang cikgu tanpa kelulusan apa-apa sijil yang diiktiraf oleh mana-mana ipt,agensi kerajaan,MQA lain-lain.ala cukuplah sekadar gain experience dan hilangkan kebosanan dek menanti result SPM.hal gaji aku letak tepi dulu.as long as ada kerja aku kira bersyukur sangat-sangat.tak ada la aku menghabiskan duit abah aje duduk rumah.

Aku kerja cikgu TADIKA,je kot.tapi tak ada ajar budak sangat sebab aku tak reti nak ngajor budak.kerja aku dekat situ hanya jaga dorang aje.ajar bila perlu.jadi teman borak dorang.dan dengan mereka aku kembali menjadi budak-budak.ditambah dengan fizikal aku yang comel ini (^.^)v membuatkan perangai kebudak-budakkan aku menyerlah.

Nama tempat aku kerja TADIKA PELANGI.dekat aje dengan padang changkat Batu Gajah,kalau aku tak silap la.seberang jalan aje.aku seorang cikgu melayu dekat situ.lagi tiga cikgu india.dan aku assist dekat kelas tahun 6.kiranya kerja aku hanya tulis homework dorang,tanda buku,main-main dengan dorang(termasuk sekali ke?). walaupun dorang hanya 20orang tetapi merasakan seperti aku layan 40 orang.dengan kenakalannya.YA ALLAH sabar ajalah.

Aku tau korang dah boring nak baca,kan?heh aku pun dah tak ada idea nak tulis apa.mungkin keLEMBAPan komputer menyumbang kepada ketiadaan idea aku.jadi korang layan ajalah photos oke.aku tau korang suka tengok gambar,kan.alolo malu nak ngaku pula..

silalah jamu mata :)

khusyuk dorang mewarna.aku pulak tangkap gambar dorang

golongan adik-adik

yang berdiri tu najmi irfan.panggil Mipan aje.

waktu senam robik.

auni yang comel.tinggi dia tak sampai 90cm kot.

aqil kacau auni

budak-budak 5tahun.
L-R:yasmin,aqil,harris,aiman(yang gatal)



Ikmal yang excited bersenam dengan harris

last but not least,bersama nureen amni.
muka budak ni sebijik macam anak mat salleh.padahal anak orang melayu tulen.

Aku tangkap gambar ni waktu dorang semua nak balik.jadi aku bolehlah keluarkan handset.macam biasalah,tangkap gambar.ada sorang budak ni muka macam cina.masa 1st time aku masuk aku ingat dia orang cina.rupa-rupanya baka cina.pelik juga sebab kak Geetha kata kat tadika tu tak ada budak cina.

Dan budak-budak sungguh jujur.kejujuran mereka tidak terbandng dengan orang dewasa.betul tak?kejujuran mereka buat aku berasa sunguh.....................SPEECHLESS!ni antara contoh kejujuran mereka.aku tak tipu:-

Shah Aziq:teacher,teacher ni PENDEK la.teacher tak minum susu ker?(derrrrrrr kau seorang yang jujur)

Najmi Irfan:kenapa teacher pendek?teacher Geetha dengan teacher Nithi tinggi.ingatkan cikgu pelajar tadika tadi.(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tau la beza kita berdua tak jauh)

Hah yang ayat satu ni mungkin dia nak puji kot.tapi ayat dia salah dan boleh buat maksud jadi lain.

Najmi Irfan:cikgu makin comel,makin garang la(erk???)

Actually banyak lagi.tapi yang aku ingat ini ajalah.okelah setakat ni ajalah entri aku.aku takut makin perasan aku lepas ni.huhuhu
Assalamualaikum :)