Thursday 24 February 2011

ada juga yang tak faham

Assalamualaikum guys.

Oke,entri ini khas untuk kawan aku,Anis.
Orang lain nak baca pun tak kisah.

Entri sebelum ni aku cerita pasal 'sila respect saya sebegai MALAIKAT'
Kawan aku Anis tak faham apa yang aku sampaikan.
haishhhh~
sedih hati teman.

Cerita yang aku nak sampaikan adalah mengenai keseksian manusia.
Tak kira wanita atau lelaki.

Memang la kita boleh berseksi masa duduk sengsorang TAPI kita tak pernah keseorangan sebenarnya.Malaikat selalu ada bersama kita. Memang la malaikat tak ada hawa nafsu tapi kita kena la hormat dia sebagai makhluk ALLAH.

Macam korang juga.Kalau orang tak respect kita,kita super duper tak mau respect orang tu.betul tak?(sila mengiyakan!).lagipun malu la bila ada orang luar tengok aurat kita.ate,kome tak malu ke ajnabi tengok aurat kita?

ehem!!
terasa aku.

Kalau boleh kita naklah tayangkan body kita yang macam model tu dekat kita punya pasangan yang halalkan?baru bestkan.khas untuk mereka yang layak aje.

erkkk?
napa aku rasa lari dari perbincangan sebenar?
::dushh:: ::dushh::

Okelah dari aku melalut dari jauh aku nak undurkan diri.
have a wondrful night,peeps!

bye bye

Tuesday 22 February 2011

sila respect saya sebagai MALAIKAT

erk??

Assalamualaikum kawan!

Hah mesti muka korang sekarang ni blurrrrrrrrr TERamat blurkan?
alah mengaku ajelah.tak payah nak main tarik-tarik tali.
nak tau kenapa aku kata macam tu?
sebabnya adalah

daripada hadis riwayat Tirmidzi:berhati-hatilah dengan bertelanjang kerana ada(makhluk) yang selalu berada menyertai kamu(malaikat) yang tidak meninggalkan kamu kecuali kalau kamu buang hajat dan bersenggama dengan isteri.malulah terhadap mereka dan hormati mereka.

Jadi selepas ini jangan nak menyeksi ye anda-anda.
terutamanya anda yang sedang membaca ni.
iyer anda yang perempuan.eh tak lupa juga dekat lelaki.
peringatan buat tuan blog juga!

Oke dokie tu aje nak share.
sekian terima kasih
byeeeeeeeeeeeeeee

salam
:)

Sunday 20 February 2011

saya budak OGOS

Assalamualaikum,

Tadi main facebook jap.sekejap aje tak sampai 30 minit pun.ekeke~lepas tu nampak application pasal bulan kelahiran.kemudian dengan perassan membara yang teramat sanagt pun buatla.dah berapa kali aku buat pun tak tau la.

Layan aku punya karakter.
tapi awas!
tak semua betul.

sila klik gambar untuk pembesaran

Antara yang TERamat tak betul adalah:

  • dahagakan pujian(wekk!)
  • berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat (jauh panggang dari dapur)
  • sopan santun (erkkkk?)
  • romantik????????? (tak pernah pula aku test)
Rasanya for the time being itu ajelah yang jauh betul dengan au.yang lain tu BETUL sangat-sangat.sila percaya,oke.ini ARAHAN dari tuan punya blog!

bye peeps.!
gtg..
muahXOXO

salam

Thursday 17 February 2011

Anwar Hadi yang...

Assalamualaikum semua.

Kome pernah dengar tak Anwar Hadi??eh eh bukan Anwar Ibrahim tau.dia tu buat apa.menyemak aje kat aku punya blog.

Okelah aku tak tau kome kenal atau tak dia ni.aku pun baru kenal dia.baru aje kenal beberapa minit yang lepas.cuba teka siapa dia dekat aku.aku bagi korang 2 saat...oke stop!times up!!!

he's not my boyfriend nor my brother.he's no body to me.tapiiiiiii dia seorang vlogger yang best da boom,oke.dia punya vlog semua comel+kelakar+funny(?) and aku tak dapat nak describe kan la.korang tengok sendiri oke.

take a look.


and this one.


dia suarakan pendapat through youtube.kalau orang lain guna blog dia pula guna youtube.nampak sangat malas nak taip.hehehe kidding oke.jangan marah.itu ikut masing-masing punya cara la nak suarakan pendapat.and mostly video dia semua bahasa english.his english sound good to me.

Sekarang ni tak silap aku dia belajar kat sydney.orangnya muda lagi.around 20 something.kalau nak tau lagi video dia lagi sila ke youtube oke.jangan malas-malas.hidup kena rajin-rajin.

bye bye dear.
salam

Tuesday 15 February 2011

durian!!!!!

Assalamualaikum guys.

Tadi mak Syafiqah datang.bawa sekali satu kotak.then,i asked...

"apa tu makcik??"

"buah durian.ambil dari kampung tadi"

and i was like...........DAMN!!!! rasa nak jerit time tu juga.tak dapet den nak cover muka yang happy macam menang loteri tu.

Makcik saya sayang gila la kat makcik.mak cik ni macam tau-tau aje saya dengan mama termimpi-mimpikan dorian!!

sedap yang teramat sangat.

Dari semalam lagi teringin nak makan selepas tengok ada orang jual dekat Taman Saujana.hotttt nya..hari ni memang rezeki sangat-sangat bila dapat makan durian.makcik Nor bagi kitaorang 3 biji(ker buah?) durian.aku kupas sebiji aje.dah kupas,cuci dapur semua baru makan.yummmyummmyummm delicious.lagi dua buah tu aku simpan untuk mama,abah and abang.

Aku pelik betul certain peeps tu tak makan durian.dorang kata busuk la..tak sedap la..bla...bla...bla lah apa la.tak cuba makan mana tahu.orang putih pun layan durian oke!TERRRRRRRRRRRRRRRRamat la sedapnya..

Kalau buat bubur pun ok gak.makan sekali dengan kuih jala tak pun roti.masyuk gitu.buat tempoyak lagi la terangkat!! makan tempoyak+petai+nasi panas=tambah nasi 3,4 kali.

hehehe oke la tu aje.nak pergi mandi.hari ni ada tusyen.

salam semua
Salam Maulidur Rasul!!!

Saturday 12 February 2011

ini kisah N.A.Z

Assalamualaikum,

hehehe
saja je nak menempek gambar.
:)

hah meh aku tunjukkan buku yang AMAT penting.
buku ni bukan diari or so on.
but really-really important for me to take a note.
WAJIB oke.
well,SPM kan.
kena la catat nota.
hehehe catat nota la sangat.
catat homework jer.
itu pun bukan semua homeworks siap.
ish ish ish
apa nak jadi la budak nie.

-cover depan-

-cover belakang-

-cover depan-belakang -

yang kartun perempuan pink tu my sayang buat.
biasalah budak kreatif.
then yang kartun banyak-banyak kat atas tu ambil dari newspaper yang iklan maxis.
and yang ada ayat dengan gambar love tu ambil dari note paper.
ayat dia..

'the world is full of beauty
when the heart is full of love'

i like that

Disebabkan my note book punya nama pun almost same doesn't mean that is my diary.
so nak sesiapa nak buka boleh.
tapi tak reti malu ke buka orang punya?
ekekekek~

Okelah my dear,gtg.
study tak lagi ni.
oral+lisan pun tak hafal lagi.
sigh~
udahla oral+lisan do at the same day.
mau otak pecah nak ingat.
tapi yang lisan tu berdebar-debar
dup dap dup dap
nak kena buat dekat depan all student convent(f3,f4,f5)
haddoii sabar ajelah dengan cikgu.
selalu sangat aim my name.
gaya macam nama tu jer yang ada kat kelas.
hehehe
*banyak betul melalut*

bye bye
salam


p/s :please say NO to Valentine Day!!
Valentine Day is sucks!!

gila bila dapat orang gila

Salam semua.

Baru je habis blogwalking kat blog seorang sis nie.nama dia farah*kot* sis nie boleh tahan comel juga.sweet ala-ala candy pun ada.hehe owh yeah siapa yang tengah confius sampai nak migrain fikirkan how la hana tajima pakai tudung gaya macam rambut beralun boleh tengok sis nie punya video.finally hilang juga serabut kepala aku fikirkan macam mana la si hana tajima selit punya selit sampai nak terpatah tengkuk aku dibuatnya.*sheesh*

Buka link ni kalau nak tau lebih lanjut mengenai cara pemakaian tudung ala hana tajima.credits to you,kak farah.

Oke,actually aku bukan nak melalut pasal kakak seorang nie tapi pasal seorang perempuan nie.sabar ajelah aku dengan dia dekat sekolah tadi.tak pepasal nak moody semedang.dah tu kalau marah aku pun tak perlu la libat orang lain.heh! aku ada dapat rasakan yang dia tu ada layanan double-standard dengan aku.

Nak tau kenapa aku kata macam tu?dengan orang lain punyala baik.layan dengan layanan tip top.tapi dengan aku macam hampagas! aku husnu zon yang dia ada problem ke or what-so-ever tapi bila syaitoon dah menghasut memang aku tak dapat nak bersangka baik.

Balik ke cerita asal.gini ceritanya,waktu rehat semalam(11.2.10) macam biasa pergi kantin.masa nak duduk kat tempat biasa tu aku mana tau tempat tu berpunya.iyerlah 1st,tak ada nama.2nd pulak any signs yang menunjukkan tempat tu berpunya pun tak ada.jadi aku pakai duduk ajelah.sekali bila minah tu datang dia kata aku ambil tempat dia.EXCUSE ME,der since when i took your place?terasa nak terajang pun ada.aku dengan berhemah gila kata lah

"owh yer ker?aku tak tau pun?lagi pun aku tengok kat tempat kosong je.aku duduklah"

boleh pula dia balas macam ~!@#$%^&*

"takkan tak nampak ko?! lain kali tengok la dengan mata!

whooooo what the heck kau! dah memang tempat tu kosong ko nak salah kan aku pulak?boleh blah la.member yang lain pun setuju dengan aku.tempat tu kosong tak berorang.aku duduk la.lepas tu dia beralih pula tempat bertentangan.kiranya we face each other.time dia nak duduk sekali tu seorang kawan aku yang berhati lembut pula datang.dia pergi marah pula perempuan seorang ni.dia kata macam ni

"ish kenapa setiap kali aku nak makan mesti ada orang kacau?tak boleh ke aku aku nak makan dengan tenang?"

gitu la gamaknya apa yang dia cakap.kawan aku yang berhati lembut nie apa lagi blah arh.bersabar ajelah.aku dengan IKHLAS sangat katalah minta maaf dan bagi some reason yang reasonable.ek eleh perempuan boleh pula perli-perli aku.cibai juga mulut tu karang.kira nasib baik aku ni jenis malas nak panjangkan cerita.stop had tu aja.and aku tak ada masa nak bertekak hal kecil macam tu.so childish!da habis makan terus blah.baiq pi la.D.I.C????

Hurmm tu aje ketidak puasan hati aku mengenai perempuan yang aku assumed tengah dilawati oleh pak cik PMS.bagi aku everyday dia PMS.ekeke~

BTW,gtg.today ada bengkel menulis jawi pukul 8.00am.sekarang pukul 1.45 pagi.gosok baju pun tak lagi.ish ish ish.lagi teruk dapur tak berkemas lagi tuh.GOSH! i hate when i HAVE to seat infront lappy.lappy ni goda I la.

bye bye have a wonderful weekend,babies!

Monday 7 February 2011

isnin yang penuh kebiruan

entri ke-2 hari ini.

Macam semua orang tahu yang hari ni isnin.ataupu monday blues.memang blues memanjang.lagi-lagi bila dah cuti seminggu nak mulakan balik rutin biasa memang agak payah.ala semua orang lalui benda yang sama.jangan kome nak denykan.

Masa perhimpuan lagi dah boleh tengok betapa tak bermayanya students and teachers.ekeke~ dalam asembly tu sempat la jugak aku tidur.memang kelamahan aku tak boleh dengar orang mumbling.nanti mata nie mulakan dia punya tugas menutupkan mata.start cikgu duty last 2 weeks bercakap terus menguap.time principle bagi ceramah terus minda dibawa lari ke alam yang tak diketahui.KROHH..KROH...KROH... nasib baik tak berair liur basi.

Balik kelas pun sama.obvious gila semua orang ngantuk.lagi-lagi pelajar cina.pelajar yang selalu bertenaga kat kelas pun mengaku kalah sebab letih.cikgu mengajar kat depan pun ada la some students terlentok.one of them adalah aku.gila tak boleh tahan.lagi-lagi waktu add-math.harapkan mata tercelik tapi otak dah tidur.zzzZZZzzz.naskb begitu baik when cikgu BI masuk lambat.5minit lambat.gunakanlah kesempatan untuk tidur.nyenyaknya sehingga 5minit kemudian.adeh tetiba lapar pulak.memang mendera hati dan nurani seorang pelajar.


macam ginila rupanya bila di hari isnin.

Agknya macam mana la nanti eyh bila dah kerja?? nanti la fikirkan.now all focus should be at SPM end of this year.

Lagi normal bagi pelajar tak kira pandai,bodoh,rajin dan malas homeworks tak siap.hehehehe.pagi tadi semua kibut tak siap BM la,add-math la,BI la..ada aje yang tak siap.lagi haru bila source untuk meniru fizik tak banyak.ramai sangat yang tak siap dari siap.sabar ajelah.nasib baik fizik dah siap.ada bangga sikit.ekeke

Okelah kali nie betul-betulnak gi bersiap nak ke tusyen.
bye bye and assalamualaikum

mimpi di siang hari

Assalamualaikum semua

Ni ha nak cerita pasal mimpi di siang hari.eh eh bukan berangan,oke.maksudnya mimpi waktu tidur yang berlaku masa siang.ada paham?kalau tak paham buat-buat paham tau.aku malas betul nak explain panajng-panjang.

Nak tau apa aku mimpi tadi?ada ker patut sekolah aku yang berada kat atas bukit tu boleh banjir.Ya ALLAH,memang dasar mimpi.dah tu banjir dia melampau gila-gila punya la.siap ada ombak bagai.sampah sarapnya.ish ish ish.setan betul mimpi tu.macam mana kome tengok banjir dekat johor tu gitu le mimpi aku berlayar.

Yang pelik bin ajaib cucu kepada tok hairan,boleh pula sekolah convent rendah tak banjir.yang banjir around sekolah menengah aje.budak-budak sekolah rendah cool aje study.nasib baik tak ada buaya atau apa aje haiwan yang buas.hah yang lagi tak boleh blah dan-dan le masa banjir tu ada kayu balak.mak aii lagi aku pelik cam mana boleh ada balah kat sekolah tu?setahu aku sekolah tu bersebelahan dengan jerat cina dengan perkampungan.hish~

MyEm0.Com
ala-ala gini la rupa aku sekarang ni :)

Okelah tu aje nak cerita pasal mimpi di siang hari :) nak pergi mandi then gi tusyen.

HWAITING!

Sunday 6 February 2011

end of holiday!!

Assalamualaikum semua.

Okey seperti yang kome semua tahu hari ini last day for holiday.ada setengah dari kome cuti start dari last wednesday tapi aku agak bertuah sebab start cuti hari isnin lepas.SEMINGGU,okey.jangan jealous gitu.mengalahkan orang cina meraya.ekeke~

Macam entri sebelum ni kata yang homework menggunung macam Everest tak siap didaki lagi.huh tak siaplah tu jawabnya!ceh.esok kena sekolah.mak kau lagi 200++ lagi hari yang perlu aku lalui untuk SPM.grrrrrrrrr~ dan yang pasti add-math aku tinggalkan.tak sanggup aku nak jawab.namanya simultaneous tapi menyusahkan otak aku aje.kalau boleh buat clock-wise mau aku gi jumpa orang yang cipta formula memeningkan kepala tu.bagi tampar+sepak+terajang lastly aku buat pertukaran otak.heh~ dah melalut.

CNY ni banyak habiskan masa dengan encik tv.dia tu selalu benor goda aku.tampar kang!sampaikan homework pun aku kena lambai tangan say bye bye.12am already.mau siapkan karangan yang perlu dihantar esok.add-math esok pinjam la siapa-siapa punya.duh~

conclusion:when the days of holiday INCREASE,the homeworks also INCREASE,and a LOT of homeworks not complete yet!

mood:termenung sambil fikir, mak aii tak dapat result lagi dah masuk UTP.pandai ko syahira.(jealous aku dengan dua pupu sorang ni)

Tuesday 1 February 2011

segar dari ladang

hallo dan assalamualaikum semua.

wallah wallah ini blog segar punya.eh eh tapi bukan roti segar,oke.ini segar dari ladang punya.ladang mana?huh ladang mana lagi kalau bukan ladang new zealand.kikiki merepak suda~
ini belog baru+fresh.silalah hirup udara yang segar yer.dah berapa lama korang asyik hirup udara yang penuh dengan carbon monoxide ajo.
segar tak?
segar tak blog nih??


okelah aku tak ada banyak masa nak melalut kat sini.mau chaw.homework menggunung nak disiapkan.biasalah student harapan sekolah katakan.nak termuntah dengan auta tu!
tak apa tahun ni aja pun.next year terbongkang la ko.tahun nie perang habis-habisan dulu.baru enjoy.

conclusion:as increases the day of holiday,more increases the homework that teacher gave us!

mood:sigh~