Thursday 2 June 2011

tempat sebilangan manusia TIDAK suka pergi

Assalamualaikum.

Hye hari ini aku nak sembang santai-santai jap.
asyik serius aje.
nyampah aii~

Aku tanya korang la.
dalam banyak-banyak tempat,tempat apa yang kome terasa kalau boleh memang nak elak??
hah ni aku nak cerita serba dan sedikit dari apa yang aku punya pandangan.
semuanya ada 5.
ikut rank tau.

5th place


sekolah.
selalunya mereka yang TAK NAK ke sekolah ni pemalas aku rasa.
aku rajin tu sebab setiap tahun penuh
:)

4th place


rumah.
mereka yang TAK MAHU balik rumah nie sebabnya berkemungkin
  • mak bapa membebel 24/7 (aku pun boleh rungsing)
  • tiada siapa kisah kehadiran dirinya
  • bagi suami pulak si isteri membebel atau marah-marah masa balik dari kerja
3rd place


hospital.
hah yang ini selalunya kaum hawa dengan budak-budak memang tak suka pergi.unless kalau dia seorang doktor tak pun kerja yang berkaitan hospital.nak tak nak kena pergi juga.kalau tak macam mana nak dapat duit.betul tak? kenapa dorang takut sangat dengan jarum eyh?

2nd place


penjara
heh ada sesiapa sanggup??aku pun tak sanggup kot.kena tahan di sebalik tirai besi.grrrrrr ngeri kot.lagi-lagi tengah malam.nanti ada bunyi yang menakutkan.heh heh heh.tapi si warden nak tak nak kome kena gak.sebab itu tugas korang.
apa perasaan warden penjara pudu eyh?

1st place


kubur
heheh ada bran??? aku tak ada bran nak stay sini tengah malam.baik aku tidur.tapi ada yang sanggup tau.mereka yang nak ambil nombor ekor atau minyak dagu.benda jahat sanggup aje ye kome.tapi mereka yang tak suka tempat ni sebenarnya cintakan dunia lebih dari akhirat.akhir zaman........apa boleh buat.

Ingatlah kome dunia nie persinggahan semata-mata.kalau dah kaut keuntungan hal dunia bilanya nak cari bekalan akhirat.lapar nanti padan muka.time tu baru meleleh minta kat Allah nk balik ke dunia balik.time tu dah tiada chance tau.so,marilah kita beramai-ramai menginsafi diri ini :)

Jangan tanya aku apa motif entri ni.
mula-mula aku nak cakap pasal lain.
tapi benda lain punya yang aku sampaikan.
by the way,harap korang dapat manfaat dari blog biru aku nie.
eh jangan blue kan otak korang,oke!!!

No comments: