Sunday 15 January 2012

memasak...solat jumaat....kaitan???

Assalamualaikum saudara :)

Hah!mesti korang pelikkan apa kaitan diantara dua tu kankankan????

prosperity chicken
Masakan diatas tu dimasak oleh aku.heh perasaan bangga menyelubungi hati sebab ni adalah masakan pertama aku buat sendiri selain sayur sawi masak dengan telur.heh poor gilakan.apa boleh buat sebab aku bukan rajin sangat nak ngadap buku memasak tu.buku teks sekolah pun aku buka nak tak nak.

By the way,aku bukan nak cakap pasal tu.nanti ada orang kata aku riak pula.tadi aku ada post gambar ni dekat FB dengan satu lagi gambar tapi tak clear.gambar tu macam shake sikit.heh i just don't care pun.ada ke patut FB-er(read:lelaki) tu komen kata aku punya masakan ni mengerikan.hek ko! aku tau la tak menyelerakan dan tak sesedap McD dan Jonny's tapi kalau compare kan dengan ko boleh ke buat???!!!grrrrrrrrrrrrrrr~ terlebih emo pula.dasar perempuan~

Orang lelaki(mostly) mesti nak cari bakal isteri yang pakai tudung,reti masak and etc tapi pernah tak korang tengok diri korang sendiri?sometimes tu aku menyampah tau sebab dorang punya ciri wanita pilihan tu melampau-lampau tapi sekali tengok sikap dia.........durhhhhhh~ dan satu lagi yang orang sekarang pandang ringan sangat iaitu pasal solat.korang tau tak yang solat tu menentukan tahap kepimpinan korang.kalau solat wajib 5 waktu pun bantai buat tak buat apatah lagi dengan solat jumaat.ada tu sampai setahun sekali je solat.itupun solat hari raya sebab terasa insaf pagi raya.aku pernah jumpa orang macam ni.sila baca dekat blog Yang.


Kalau solat pun kita jarang,boleh jamin ke kita dapat membimbing pasangan kita?dalam mencari pasangan kita perlu lihat pada 4 faktor utama iaitu agamannya,keturunannya,parasa rupanya dan harta(kalau tak silap).kalau tiang tak kukuh korang rasa rumah korang akan selamat tak bila gempa bumi berlaku? fikirkan lah.Jangan kita mengharapkan kesempurnaan sebab ia akan menjahanamkan diri.kaitan diantara masak dan solat jumaat adalah jangan nak demand pasangan anda jika anda sendiri hampeh.ingatan kepada diri sendiri juga.

Okelah aku bukan nak condem orang lain sebab aku pun banyak tak betulnya.tapi ingat-memperingati memang tanggungjawab setiap muslim didunia,kan?anda juga ada hak untuk bercakap pasal agama.oleh itu(macam karangn SPM pula) mari kita sama-sama berubah untuk memdapat pasangan yang terbaik untuk kita :)  

Salam 'alaik

*maaf andai ada yang terasa dengan entry nie.random thought from me*

1 comment: