Thursday 16 February 2012

kids are innocent

Assalamualaikum

Sekarang ni aku bekerja sebagai cikgu.owh yeah.anda tidak silap baca.saya memang seorang cikgu tanpa kelulusan apa-apa sijil yang diiktiraf oleh mana-mana ipt,agensi kerajaan,MQA lain-lain.ala cukuplah sekadar gain experience dan hilangkan kebosanan dek menanti result SPM.hal gaji aku letak tepi dulu.as long as ada kerja aku kira bersyukur sangat-sangat.tak ada la aku menghabiskan duit abah aje duduk rumah.

Aku kerja cikgu TADIKA,je kot.tapi tak ada ajar budak sangat sebab aku tak reti nak ngajor budak.kerja aku dekat situ hanya jaga dorang aje.ajar bila perlu.jadi teman borak dorang.dan dengan mereka aku kembali menjadi budak-budak.ditambah dengan fizikal aku yang comel ini (^.^)v membuatkan perangai kebudak-budakkan aku menyerlah.

Nama tempat aku kerja TADIKA PELANGI.dekat aje dengan padang changkat Batu Gajah,kalau aku tak silap la.seberang jalan aje.aku seorang cikgu melayu dekat situ.lagi tiga cikgu india.dan aku assist dekat kelas tahun 6.kiranya kerja aku hanya tulis homework dorang,tanda buku,main-main dengan dorang(termasuk sekali ke?). walaupun dorang hanya 20orang tetapi merasakan seperti aku layan 40 orang.dengan kenakalannya.YA ALLAH sabar ajalah.

Aku tau korang dah boring nak baca,kan?heh aku pun dah tak ada idea nak tulis apa.mungkin keLEMBAPan komputer menyumbang kepada ketiadaan idea aku.jadi korang layan ajalah photos oke.aku tau korang suka tengok gambar,kan.alolo malu nak ngaku pula..

silalah jamu mata :)

khusyuk dorang mewarna.aku pulak tangkap gambar dorang

golongan adik-adik

yang berdiri tu najmi irfan.panggil Mipan aje.

waktu senam robik.

auni yang comel.tinggi dia tak sampai 90cm kot.

aqil kacau auni

budak-budak 5tahun.
L-R:yasmin,aqil,harris,aiman(yang gatal)



Ikmal yang excited bersenam dengan harris

last but not least,bersama nureen amni.
muka budak ni sebijik macam anak mat salleh.padahal anak orang melayu tulen.

Aku tangkap gambar ni waktu dorang semua nak balik.jadi aku bolehlah keluarkan handset.macam biasalah,tangkap gambar.ada sorang budak ni muka macam cina.masa 1st time aku masuk aku ingat dia orang cina.rupa-rupanya baka cina.pelik juga sebab kak Geetha kata kat tadika tu tak ada budak cina.

Dan budak-budak sungguh jujur.kejujuran mereka tidak terbandng dengan orang dewasa.betul tak?kejujuran mereka buat aku berasa sunguh.....................SPEECHLESS!ni antara contoh kejujuran mereka.aku tak tipu:-

Shah Aziq:teacher,teacher ni PENDEK la.teacher tak minum susu ker?(derrrrrrr kau seorang yang jujur)

Najmi Irfan:kenapa teacher pendek?teacher Geetha dengan teacher Nithi tinggi.ingatkan cikgu pelajar tadika tadi.(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tau la beza kita berdua tak jauh)

Hah yang ayat satu ni mungkin dia nak puji kot.tapi ayat dia salah dan boleh buat maksud jadi lain.

Najmi Irfan:cikgu makin comel,makin garang la(erk???)

Actually banyak lagi.tapi yang aku ingat ini ajalah.okelah setakat ni ajalah entri aku.aku takut makin perasan aku lepas ni.huhuhu
Assalamualaikum :)

2 comments:

syatoza said...

waaa... pesal ko tak gitau aku ko cikgu tadika?!! grrr

harhar, kesian ko kene main ngan bebudk tadika tu xD

syok la ko, camne ko leh dpt eh? -,-

Anonymous said...

malu aku nak cakap -.-

hehehe dah biasa

ada kawan aku recomment kan dkt aku

-n.a.z-