Friday, 9 March 2012

tak memberi inspirasi langsung

Assalamualaikum semua!
.

Aii nak tanya kat korang sekarang ni.sepanjang korang hidup,pernah tak berjumpa atau mendengar atau apa-apa saja la pun yang tidak memberi inspirasi kepada korang?heh~mestilah ada.penipuan yang nyata sungguh kalau korang kata tak ada.takkan la semua benda memberi inspirasi kepada korang pula,kan?tak adil la macam tu.dunia ni tercipta ada pro(s) and con(s).contohnya,kalau korang tengok muka aku Dr S Muzhaphar mesti dapat inspirasi untuk berjaya macam dia,betul tak?huhuu.dan kalau korang tengok muka penagih dadah,agak-agak dapat tak inspirasi?non hado,aite?(kecuali bila orang tu bangkit dari zaman renaissance dia then berjaya,ye aku respect pada dia!) hehehe that's a life!

Oke oke back to our topic back!jadi malam ni aku terasa terpanggil*poyo* untuk share benda yang boleh menghilangkan mood aku a.k.a hilang terus inspirasi aku.hehehe the thing that uninspirational me at all is
.
.
.
.
.
.
.
.
.   
.
.
.
.
.
.
.
LAZY SONG
Yes!the answer is the LAZY SONG by Bruno Mars.durhhh~sungguh kalau boleh TOLONGlah jauhkan lagu ini dari telinga aku.aku yang malas ni akan menjadi lebih pemalas kalau tetiba aje dekat radio keluar lagu ini.dan kalau mood aku rajin tengah ada bila dengar aje lagu ni terus menjadi seorang yang pemalas mengalahkan koala,kome tau tak?!!!*emo betul*.ke kome tak rasa seperti aku?

Walaupun aku ini jenis general listener AKAN TETAPI*bajet karangan SPM* telinga aku ni akan jadi nyilu kalau dengar lagu ni.sungguh tak tipu!bagi aku,lagu ni menggalakkan aku untuk menjadi seorang yang pemalas.adakah kerana ianya berjudul LAZY SONG? *again,ayat poyo*

this is why,i hate this song!it's influence me to be more lazy-ous than before.
Dan aku agak,bukan aku seorang yang merasakan lagu ini mengajar kita untuk mejadi seorang pemalas.most of us think the same too(i guess).tak tau le pula kalau telinga kome jenis kebal dengan lirik lagu ni.bagi aku kalau nak lagu yang memberi inspirasi dengar lagu AAL IZZ WELL dari cerita 3 IDIOTS.lagu ni menjadi sumber inspirasi aku selepas aku tonton dari hard disk kak yang.jadi silalah dengar yer.ni link lagu aal izz well.aku malas nak letak kat sini.see?how lazy i am!


and this is the song!
amaran:jangan dengar kalau anda sama seperti saya yang akan berubah menjadi malas selepas dengar lagu ini

my name is KOALA =)
Comel,kan?walaupun koala merupakan haiwan yang pemalas(tidur 22jam,2jam cari makan) akan tetapi dia tetap digilai oleh manusia.heh kalau aku menjadi sepemalas koala agak-agak ada tak sesiapa nak hire aku bekerja dengan dia?jangan kata kerja,nak buat bini atau menantu pun tak mau.buat menghabiskan beras aje.dah le sekrang ni beras mahal.

Baiklah aku rasa dah banyak aku menaip ni.nanti orang pun naik menyampah nak baca karya picisan aku ni.jadi,kepada mereka-mereka diluar sana terUTAMAnya perempuan,silalah rajinkan diri anda kalau terasa tak mau menjadi andartu.hehe =)

As-Salam

*segala gambar dari pak cik aku

Friday, 2 March 2012

salary

Asssalamualaikum

Alhamdulillah praise to ALLAH.huhuhu for the first time yo i get my FIRST salary!!!hohohoho over excited.huh  please tell me who will not happy get their salary in the end of the month??!

Oke that's all.
huhuhu just wanna share my happiness with you all.

Don't ask me how much i get.

Thanks
:)

Monday, 20 February 2012

jalan-jalan sekitar ipoh

Assalamualaikum

2012 ni merupakn TAHUN MELAWAT PERAK.jadi sekarang ni dekat perak ada langsungkan beberapa pameran lah.antaranya pameran Kesultanan Perak and pameran keranda(bunyi habis menakutkan aje).maka sebagai rakyat perak yang sejati (^_^)v aku and family pergi la melawat tempat-tempat tu.ala bukan jauh mana pun.dekat nun Ipoh je kot.tak sampai sejam je kot dari tempat kawasan perumahan aku sekarang.macam dari Sg.Buloh ke Flora Damansara.hahaha tak der kaitan kot.

Pameran Kesultanan Perak berlangsung dekat Dewan Bandaraya Ipoh manakala Pameran Keranda dekat Muzium Darul Ridzuan.ala tak juah pun dua tempat ni.tak sampai lima(5) minit pun.jalan kaki pun boleh.

dewan bandaraya ipoh.berhadapan dengan stesen KTM IPOH  a.k.a  hotel stesyen.

muzium darul ridzuan.bersebelahan dengan balai polis.berdekatan dengan banggunan SUK.
 At first kitaorang pergi pameran Kesultanan Perak.banyak jugaklah yang kitaorang tau pasal keluarga diraja Perak ni.kebanyakkan dari mereka merupakan peguam dari zaman pemerintahan Raja Chulan.maaf kalau salah.sehinggalah ke Raja Azlan.then baru Raja Nazrin ambil kursus ekonomi.kaitan kesultanan Perak dengan Johor memang rapat selain Raja Zarith Sofia bersuamikan Sultan Johor,their ancestor merupakan adik beradik.kan sejak Sultan Mahmud mangkat dijulang anak dia seorang lari dekat Johor lagi satu lari dekat  Perak.hah kira ada jugak relate,kan.oke kalau nak tau lebih lanjut silalah lawati Pameran Kesultanan Perak yang berlangsung hingga akhir bulan nie.anda masih ada beberapa hari lagi tau.dan SAYA BANGGA MENJADI ANAK PERAK! (semua orang pun bangga menjadi anak negeri kelahiran masing-masing).

kita layan gambar sebentar.rehatkan mata dulu :>

selamat datang ke 'Pameran Kesultan Perak'

the married couple 

masing-masing khusyuk membaca sejarah.

bersama DYMM Sultan Azlan Shah bersama Permaisuri Bainun.tak dapat orang betul bersama gambar pun jadilah.

macam yang korang nampak tajuk nya 'salasilah kesultanan negeri perak'

bangsa melayu WAJIB tau!!inilah hak kita di negara sendiri. 
Oke,sekarang ni kita teruskan pengembaraan dengan Pameran Keranda pula.jangan takut la.chill sudah,oke.tak ada apa-apa sangat pun nak diceritakan.senang cerita silalah ke Muzium Darul Ridzuan kalau nak tau lebih lanjut.pictures again.aku tau kome suka,kan?

selamat datang.saya pemandu arah pelancongan anda sepanjang disini :)

agama hindu punya cara pengebumian

aku lupalah ini agama punya pengebumian.

kalau tak silap aku ini islam punya cara.

ni harga tiket dia.actually kitaorang pergi berlima(5) tetapi entah kenapa pak cik tu baik sangat bagi aku masuk free.semoga murah rezeki pak cik tu.amin.

Hah rasanya ini ajalah yang boleh aku kongsikan.aku agak korang pun dah boring dengan blog aku yang serba-serbi bosan.tak ada ilmu pun yang boleh korang dapat.by the way,all photos came from sony ericson cedar camera.jadi jangan haraplah dapat hasil yang tip top seperti aku pakai camera DSLR.


Terima kasih mengunjungi blog ini.
Assalamuaalaikum
:)

p/s:selamat kembali ke Malaysia abg Ariff Shah.hope more prosperous in your life.and for this entry  harap nama saya bertuah :)walaupun tak pernah pergi ke moscow sekurang-kurangnya ada juga souvenir dari sana

Thursday, 16 February 2012

kids are innocent

Assalamualaikum

Sekarang ni aku bekerja sebagai cikgu.owh yeah.anda tidak silap baca.saya memang seorang cikgu tanpa kelulusan apa-apa sijil yang diiktiraf oleh mana-mana ipt,agensi kerajaan,MQA lain-lain.ala cukuplah sekadar gain experience dan hilangkan kebosanan dek menanti result SPM.hal gaji aku letak tepi dulu.as long as ada kerja aku kira bersyukur sangat-sangat.tak ada la aku menghabiskan duit abah aje duduk rumah.

Aku kerja cikgu TADIKA,je kot.tapi tak ada ajar budak sangat sebab aku tak reti nak ngajor budak.kerja aku dekat situ hanya jaga dorang aje.ajar bila perlu.jadi teman borak dorang.dan dengan mereka aku kembali menjadi budak-budak.ditambah dengan fizikal aku yang comel ini (^.^)v membuatkan perangai kebudak-budakkan aku menyerlah.

Nama tempat aku kerja TADIKA PELANGI.dekat aje dengan padang changkat Batu Gajah,kalau aku tak silap la.seberang jalan aje.aku seorang cikgu melayu dekat situ.lagi tiga cikgu india.dan aku assist dekat kelas tahun 6.kiranya kerja aku hanya tulis homework dorang,tanda buku,main-main dengan dorang(termasuk sekali ke?). walaupun dorang hanya 20orang tetapi merasakan seperti aku layan 40 orang.dengan kenakalannya.YA ALLAH sabar ajalah.

Aku tau korang dah boring nak baca,kan?heh aku pun dah tak ada idea nak tulis apa.mungkin keLEMBAPan komputer menyumbang kepada ketiadaan idea aku.jadi korang layan ajalah photos oke.aku tau korang suka tengok gambar,kan.alolo malu nak ngaku pula..

silalah jamu mata :)

khusyuk dorang mewarna.aku pulak tangkap gambar dorang

golongan adik-adik

yang berdiri tu najmi irfan.panggil Mipan aje.

waktu senam robik.

auni yang comel.tinggi dia tak sampai 90cm kot.

aqil kacau auni

budak-budak 5tahun.
L-R:yasmin,aqil,harris,aiman(yang gatal)



Ikmal yang excited bersenam dengan harris

last but not least,bersama nureen amni.
muka budak ni sebijik macam anak mat salleh.padahal anak orang melayu tulen.

Aku tangkap gambar ni waktu dorang semua nak balik.jadi aku bolehlah keluarkan handset.macam biasalah,tangkap gambar.ada sorang budak ni muka macam cina.masa 1st time aku masuk aku ingat dia orang cina.rupa-rupanya baka cina.pelik juga sebab kak Geetha kata kat tadika tu tak ada budak cina.

Dan budak-budak sungguh jujur.kejujuran mereka tidak terbandng dengan orang dewasa.betul tak?kejujuran mereka buat aku berasa sunguh.....................SPEECHLESS!ni antara contoh kejujuran mereka.aku tak tipu:-

Shah Aziq:teacher,teacher ni PENDEK la.teacher tak minum susu ker?(derrrrrrr kau seorang yang jujur)

Najmi Irfan:kenapa teacher pendek?teacher Geetha dengan teacher Nithi tinggi.ingatkan cikgu pelajar tadika tadi.(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tau la beza kita berdua tak jauh)

Hah yang ayat satu ni mungkin dia nak puji kot.tapi ayat dia salah dan boleh buat maksud jadi lain.

Najmi Irfan:cikgu makin comel,makin garang la(erk???)

Actually banyak lagi.tapi yang aku ingat ini ajalah.okelah setakat ni ajalah entri aku.aku takut makin perasan aku lepas ni.huhuhu
Assalamualaikum :)