Sunday, 12 February 2012

19 rabiul 'awal 1433

Assalamualaikum 

oke ada sejam lagi sebelum masuk hari baru.aku pasti sangat yang korang semua tak tahu atau tak ambil tahu mengenai tarikh di kalender hijri,kan?yang korang hanya tau bulan muharam,safar,rabiul 'awal,...............,zulhijah(nyanyi sambil pegang tangan).tak pun just sebab dekat calendar have mentioned when Maulidur Rasul,Isra' Mikraj and etc baru kita tau on that day berapa haribulan in hijri calendar.right?ala jangan malu nak mengaku la sebab aku pun one of them.shame on me :( tapi setiap kali selepas peristiwa besar dalam islam berlaku baru aku akan follow tarikh islam dalam beberapa hari.then lupa balik.heh~

Tetapi setiap kali lepas aje tarikh 12 rabiul 'awal(maulidur rasul) pasti aku akan mengira tujuh hari kemudian which is 19 rabiul 'awal bersamaan hari ini.hehehe tarikh bermakna kot dalam hidup ni.ate kalau tak ada tarikh ni tak hidup la aku.well,actually this is my birthdate in hijri calendar.so i'm officialy 18years old!!!warghwarghwargh im growing up la even though my physical not showing that.haih~

Ramai tak percaya hari ni birthday aku sebab mostly dorang hanya tau aku lahir bulan ogos.maka semua tunjuk muka blur.hehehe lastly aku yang paksa dorang wish.muka tak tau malu kan >.<  ala dengan orang yang aku rapat aje.tak kesior awok nak canang dekat satu dunia.awok ni bukan sesiapa pun.budak biasa yang menumpang dekat rumah mama abah aje.

So kepada anda-anda semua sila take note dan tulis dekat planner anda bahawa 19 RABIUL 'AWAL is my birthdate,oke? huwarghuwarghuwarg memain aje.oke,tak kelaka pun.btw,dah baca silalah wish oke.----> oke sungguh aku menyampah dengan diri sendiri.

AGAIN:

selamat ulang tahun ke-18



aku lahir 19 rabiul 'awal 1415.kepada sesiapa yang lahir sama tahun dengan aku,aku ucapkan "hai,assalamualaikum.kita sebaya :)"

anda boleh check your birthdate in hijri here.

as-salam 'alaik

Wednesday, 8 February 2012

karyasampah

nak update tapi tak ada idea.
ada idea tapi tak ada masa.
masa dicuri oleh dedek.
hasih~~
harapkan nama aja lepasan SPM tapi hidup sungguh.................
idea ada + masa ada = laptop ada orang guna.
haish~~

again and again.
always babbling and complaining.
give me an idea what i should do now?!

i miss school.
but i hate homework.
i miss the work that teacher gave even though always unfinish it!
sorry teacher :)
i am such a lazy student.
heh~

but the most thing i don't like right now is 
KENAPA MOOD AKU NAK STUDY SEKARANG NI  TIDAK PADA WAKTU SPM LEPAS??!!

aku tak tau orang lain tapi itu aku.
dan-dan sekarang ni nak study bagai.
dah tak ada mood nak baca novel,cerpen dan secala benda yang melahgokan.
tapi percayalah,bila aku dah sambung belajar nanti jangan harap nak ada mood study balik.
haish~

got to go.
maaf kerana baca karya sampah nie.

ps:jom pergi friendster.com.online gaming tau.the revolution of friendster.

Friday, 27 January 2012

menantuku hantu

Assalamualaikum reader(s)!!!!

Rindu kat aii tak?hehehe ayat kebajetan disitu.by the way,tak kisahlah kome nak rindu aku ke tak.aku ni bukan sesiapa kepada kome pun.hanya blogger picisan aje.heh~tetiba emo.maafkan saya :)

Owh yeah tajuk entry habis gempak ajekan,kan,kan??eh jangan salah sangka.aku ni masih belum kahwin lagi tau.masih lagi menjadi anak kepada mama and abah.tak ada in-law in my life pun.in-law ayong adalah.maaf tiada kaitan :) okeylah tadi siapa tengok cerita WANITA HARI INI?well aku sure ramai tak tengok.kejadahnya kome nak tengokkan.buang waktu aja.tadi tajuk dia 'asam garam:menantuku hantu'.jadi aku terasa terpanggil nak suarakan pendapat aku la.walaupun pihak media prima tak mau tau pun apa pendapat aku.

Pada pendapat aku la kan 'menantuku hantu' ni sepatutnya tak wujud tau.nak tau sebab apa?sebabnya boleh buat orang macam aku ni takut nak kahwin tau.tak baik membantutkan masjid yang baru nak dibina.ceh nipu jelah.sebagai mentua mestilah dorang pernah jadi menantu kepada mentua dia.jadi mesti dia paham apa perasaan menantu dia.mak mentua tak bolehlah nak expect macam-macam dari menantu dia.lagi-lagi dengan budak-budak sekarang.perempuan zaman sekarang ni hanya pandai dia kelas aje.di dapur memang hampagas lah.macam aku .(^_^)v *tak semua*


TAPI kalau budak perempuan tu demand wang hantaran yang tinggi-tinggi tak masuk akal,hah yang itu ibu mertua memang harus beware.trust me mother-in-law.tak guna bagi mahal-mahal tapi sekali kemas rumah tak reti,basuh baju tak reti senang kata all chores thingy-mingy tak reti yang dia tahu habiskan duit laki dia aje yang itu.yang itu ibu mertau harus pandai mainkan peranan dia.jangan nak condemn tak tentu hala lepas tu ungkit pasal wang hantaran.dan jangan pula condemn pasal besan.marah budak tu nanti.ada kemungkinan budak tu dah dimanjakan dari kecil.cubalah husnu zhon.jadi mertua kenalah ajar menantu.walaupun menantu dah besar panjang tapi dia masih lagi perlukan orang yang lebih tua untuk mengajar dia.


Once she/he married with your son/daughter automatically she/he be your children.jadi terimalah dia macam mana anda terima baik buruk anak anda.you can't expect so much good deed from your in-law.unfair la kalau macam tu.kita nak yang baik dari menantu tapi pernah tengok tak macam mana perangai anak sendiri?sungguh berat sebelah.in this case both parties must apply give and take concept.it wouldn't work out if only one party apply it but the opposite party only apply take or give concept.dan masing-masing kenalah terima baik buruk.

To all mothers-in law silalah jangan masuk campur dalam hal anak-anak yang dah kahwin,yer.memanglah korang dah makan asam garam yang dah berkilo-kilo tu sebab makanan korang lebih sedap TAPI itu tak bermaksud korang boleh masuk campur dalam hal pasangan muda.setakat bagi nasihat tu bolehlah tapi janganlah jadi batu api.bahaya tau.korang boleh menghancurkan rumah tangga anak-anak.merobohkan masjid buat apa?baik kome pergi mengimarahkan lagi masjid tu dengan tambahkan umat nabi Muhammad SAW kan bagus.dapat tambahkan pewaris.tapi jangan tambahkan waris jari hantu sudah.menyusahkan orang sekeliling aje.nanti jadi macam gambar bawah ni


ibu mertua sebegini juga mempunyai potensi untuk menjadi seperti di bawah

kejam wooooo mak mertua dalam nie.rasa nak tembak dia aje.

Dan sebagai bakal menantu hantu apa kata cuba build a bond between you and your future-in-law family.hah dalam masa yang sama dapat korang pikat hati dorang.tak adalah dorang nak kata kome tak mesra alam la,sombong la bla...bla...bla...walaupun hakikatnya korang memang sebegitu orangnya.janganlah tunjuk sangat yang korang tu unfriendly people.mak tak suka noks!nyampah~~~cubalah ambil hati keluarga in-law.tapi jangan lupa bagi balik.jangan nak buat hati tu jadi hak milik diri sendiri.

Maka dengan itu habislah celoteh aku yang panjang tak berjela ni.aku tau korang dah bosan baca,kan?minta ampun :) aku memang suka bercakap+menulis+menaip pun.and to my one and only brother-in-law selamat datang ke family yang riuh berserta kerendahan diri ini.sorry lambat wish walaupun korang dah kahwin almost 5 months and tengah menanti si kecil.pandai-pandai la abang Nabil bawa diri yer.

my complete tiny family.love em like i love myself

Sebagai akhirul kalam (dah macam buat karangan SPM) silalah baca dengan penuh ketekuanan.hehehe kidding (*_*).banyak gila perkataan TAPI kalau korang perasan.heh.

p/s:rindu dekat karangan yang selalu Pn.Kamisah bagi.

Sunday, 15 January 2012

ayam lada hitam

Assalamualaikum kalian :)

Hari ni aku nak share resepi ayam lada hitam.kalau korang nak silalah ambil pen dan kertas untuk menyalin.aku tak kisah pun nak share sebab ilmu,kan?


Bahan A:
500g ayam
1 batang lobak merak(dipotong kecil)
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makn sos tiram
1 sudu makn tepung jagung(dibancuh dengan 1/2 cawan air)
2 sudu makan lada hitam(ditumbuk)
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B: (bagi menumis)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan C: (sebagai hiasan)
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 biji tomato(dipotong empat)
2 biji cili merah(dihiris)

Cara-cara:
  1. buangkan kulit ayam kemudian potong kecil.
  2. panaskan mintak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.
  3. masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak(dagingnya lembut).
  4. masukkan bancuhan teepung jagung,kicap pekat,sos tiram,lada hitam dan garam
  5. masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan C.
  6. angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.

Selemat mencuba.sumber dari buku '1 hari 1 rezsepi' oleh chef Hanieliza.